Saturday, July 27, 2013

Kenangan-Tanjong Jara, Dungun


Mengulit kenangan, sewaktu mengunjungi Tanjong Jara Resort, Dungun, Terengganu. Layan gambar je lah, malas nak taip panjang-panjang dah.
Cantikkan permandangan di belakang aku.
Inilah tempat bermandi~
Pantai cantik, bersih tapi 2, 3 kaki berdarah sebab pijak  mungkin kulit siput atau mungkin terumbu karang yang dah tak hidup dalam air tu.

Bilik besar & ada 2 katil
Bilik air yang luas dan ada bath tub.

Suasana dipagi hari.

Tanjong Jara ini adalah private beach milik YTL Group..sebab tu pantainya takde orang yang p bermandi-manda sewenang-wenangnya. Yang ada dok p mandi pon hanyalah pengunjung yang menginap di Tanjong Jara Resort aje.


Kolam renang ini hanya utk orang dewasa saja..dalam..aku pun tenggelam


Semangat bangun awal pagi nak join poco-poco
Kagum dengan Kebesaran Allah..
Kenangan untuk hari tua, pengalaman dan perasaan ku abadikan disini. Tanjong Jara Resort, panjang umur dan ada rezeki..InsyaAllah kita akan berjumpa lagi...

Bacalah Duhai Bacalah!!

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), 
A002
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;  
A003
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
A004
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
A005
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.  
A006
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),  
A007
Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.  
A008
(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).  
A009
Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang)
A010
Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?  
A011
Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul?
A012
Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?  
A013
Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?  
A014
Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?  
A015
Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka),
A016
Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.  
A017
Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),  
A018
Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!  
A019
Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)! __________________________________________________________________________________

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (al-Qadr : 1-5)



Thursday, July 25, 2013

Siapakah Pemilik Suara Itu?

Siapakah gerangannya pemilik suara itu?
yang mengalunkan bacaan surah suci dikala senja itu..
Elok bacaannya, merdu alunannya hingga menusuk ke hatiku..
Tatkala ku dengar alun suara itu,
Terbit rasa sebak di hatiku..
Siapakah??
Tuan empunya suara yang mengimami kami
Menjadi imam solat 3 rakaat Maghrib kami
Siapakah gerangannya..
Imam Muda semalam di Masjid Naza TTDI, Seksyen 13 Shah Alam?
Siapa pun kamu Tuan..
Semoga Allah melimpahkan keberkatan buatmu di dunia dan akhirat...



Tuesday, July 23, 2013

Tangan Yang Memberi, Senyuman SiGelandangan

Di saat kita bergembira, masih ramai yang berduka dan mengalirkan airmata, jika kita berkemampuan hulurkan tangan, ringankan beban. Melihat pada orang yang lebih susah daripada kita akan menerbitkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah Taala atas segala nikmatNya..Alhamdulillah.


Volunteers yang bertungkus lumus menyiapkan makanan.

Second stop: Mydin Sinar Kota, KL



Free checkup for them
Gambar credit to photographer Mr See Kiong
Gambar di atas adalah sekitar Program Sukarelawan Pertiwi Soup Kitchen Neura Group. Sedikit maklumat yang ingin dikongsi mengenai Pertiwi Soup Kitchen.
  • Sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja yang sudi menjadi sukarelawan untuk mengedarkan makanan kepada golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur tanpa perlu berdaftar.
  • Waktu pengagihan makanan adalah setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad, bermula 8.30pm.
  • Jika ingin menjadi sukarelawan, tempat perjumpaan adalah di No. 142, Jln. Maarof Bangsar atau boleh pergi terus ke kawasan pengagihan iaitu di Belakang Tune Hotel, KL dekat Maju Junction (9.00pm), Second stop, Kawasan Parking Mydin Sinar Kota, Kotaraya. Third stop, Masjid Jamek, KL.
  • Bawa kenderaan sendiri kerana tiada kenderaan disediakan untuk bawa sukarelawan, kenderaan yang ada hanya untuk bawak makanan.
  • Sesiapa yang ingin menyumbangkan bantuan kewangan atau makanan bolehlah berhubung dengan pihak PERTIWI.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web PERTIWI, http://www.pertiwi.1webonline.com/

Sunday, July 21, 2013

Budaya Bangsa~Dikir Barat

                                                        Assalamualaikum..

Ini adalah entri seorang Anak Jati Kedah yang mencintai budaya bangsa Melayu yang berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan Darul Naim yakni Dikir Barat. Mula meminati Dikir Barat sejak dibangku sekolah lagi, suka dengar CD Dikir Barat, (ayah beli). Minat makin mendalam apabila berada di universiti, setiap tahun tidak pernah terlepas untuk menyaksikan Pertandingan Dikir Barat antara kolej-kolej kediaman, juga dikelilingi oleh kawan-kawan Kelantan serta kemudahan internet untuk memuat turun lagu-lagu dikir barat. Setiap hari akan pasang dikir barat yang ada dalam PC. Dek kerana cinta pada dikir barat, ambo jadi pandai kecek klate, pandai kecek dan pehe ye (roomate@bff orghe Klate )..InsyaAllah.

 

Bagi saya, selain sebagai hiburan, seni kata dikir barat itu penuh dengan nasihat, pesanan dan sindiran. Pendek kata kena dengan hati saya, sedap didengar, melekat dihati dari dulu sampai sekarang. Semoga seni Dikir Barat akan terus kekal sebagai salah satu warisan budaya bangsa Melayu dan terkenal di seanterio dunia.

Pesan Mak by Halim Yazid

ingat sokmo hak mok pese
nak nak kali ambo nak turun jale
jange lupoke Tuhe
kito ore isele tokleh tingga sembaye

ingat sokmo hak mo pese
walau jauh duduk tempat ore
jange lupo kampung lame
warih waroh di klate
tokleh sombong ngan ore

pese ibu bapok
ambo tak tlupo
pese ibu bapok 
ingat pah bilo-bilo

pese turon pulok
goyak wi kt nok ambo
kito harto takdok
pesane jadi sako

ingat sokmo hak mok pese
kito susoh jange tumpe ore
tak soh pinje berute
kalo de banyok ute
kito payoh nok sene

hok mok pese hari-hari
pandai2 jaga diri sendiri
bala cekah jgn dicari
tempat susoh jgne di gi
ore kenat keno lari

maso kito kayo
rama lah saing sorbat
de takdok gapo sekaro
kucing pun tok dok dekat
mase sene lego
ramai lah kaum krabat
de takdok gapo sekaro
lalat pun tak sei hinggap

ingat lagi hak mok kato
hati2 dale wat kira caro
lidoh maruah kito
hati ore keno jago
tak baik mengupat mengata

hok mok pese hari2
kito keno kenal diri sendiri
mano asal kito mari
pah mano kito nak gi
baik2 jago diri

ingat sokmo hak mo pese
walau jauh duduk tempat ore
jange lupo kampung lame
warih waroh di klate
jange sombong ngan ore

pesene mok ambo
iklasnyo dari hati
pese ko anok dio
jak mulo sampa lo ni

pesane mok ambo
iklasnyo dari hati
pese ko anok dio
jak mulo sampa lo ni

ingat sokmo hak mok pese
nak nak kali ambo nak turun jale
jange lupo kan tuhe
kito ore isele
tokleh tingga sembaye

ingat sokmo hak mok pese
ingat sokmo hak mok duduk pese
ingat sokmo hak mok pese



Taman Tasik Taiping, Klian Pauh @ Taiping Bandar Warisan






Sebelum tahun 1937, Taiping merupakan Ibu Negeri Perak.
Nama lama Taiping ialah Klian Pauh.
Klian bermaksud Lombong
Pauh merupakan buah Mangga@Mempelam yang bersaiz kecil. 
Taiping ( 太平) bermaksud "aman" atau  "damai" dalam Bahasa Cina.
__________________________________________________________________________________
                              Assalamualaikum Readers..

Haa!! sedikit fakta di situ..hehe, sharing is caring.
Alkisahnya, saya sudah jatuh cinta dengan keindahan dan kedamaian Taman Tasik Taiping sejak pertama kali menjejakkan kaki ke sana. Terima kasih daun keladi untuk Che Abe Sayang yang bawak saya ke sana dah 2, 3 kali sejak saya jatuh cinta pandang pertama dengan Triple T..suka sangat dengan Pokok Hujan-hujan yang rendang itu. Pendek kata, lanskap Triple T memang cantik.

Serius! cantik + tenang + nyaman disana. Okey!! Saya Pecinta Keindahan Alam. 














Antara tempat-tempat menarik di Taiping selain Taman Tasik Taiping adalah :-

Bukit Larut @ Maxwell Hill

Zoo Taiping & Night Safari
Burmese Pool
Muzium Taiping
Kuala Sepetang

                                "Berjalanlah, bermusafirlah melihat keagungan Allah"