Thursday, January 29, 2015

Dinner di Sg. Bagan Seafood, Port Klang

Beberapa minggu yang lalu aku dan suami without any special occasion ke Sg. Bagan Seafood Restaurant untuk dinner. Lokasinya tak jauh pun dari rumah kami. Restoran itu terletak di Tanjung Harapan, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang.
 
Jom tengok apa ada..

Laluan masuk ke restoran, tuan rumah enterframe dulu naa..
Pandang kanan, pokok bakau
 Pandang kiri pon sama..time ni air surut, so boleh nampaklah akar yang berselirat tu.
 Pandang ke depan & teruskan perjalanan, perut sudah berkeroncong.
Pilih meja mana yang nak diduduk, tengok menu dan buat pesanan.
Kami pilih meja belakang, tepi laut..angin sepoi-sepoi bahasa.
Air laut tengah surut, nampak kapal demaga dari kejauhan menuju ke Northport.
Untuk dinner kami hari tu kami order, Shark fin Soup, rasanya dicampur isi ketam, Baby Kailan, Butter Prawn, Black paper Daging Rusa & Ikan Kerapu 3 rasa. Air teh diberikan percuma, kalau tak nak anda boleh order minuman lain.


Makanan dah sampai, perut pun sudah berlagu..tunggu apa lagi. 

Untuk makluman,  di restoran ini turut disediakan surau & tandas yang bersih.

Harga : bergantung kepada menu yang anda pesan/moderate

Saturday, January 3, 2015

Assalamualaikum.

Selamat Tahun Baru 2015
 untuk semua sahabat-sahabat yang membaca coretan ini.
Semoga tahun 2015 ini, kehidupan kita lebih baik dari segala segi berbanding tahun sebelumnya.

2014 telah berlalu dengan meninggalkan banyak kenangan pahit manis. 2014 tahun cabaran, ujian buat kita rakyat Malaysia. Banyak catatan duka yang berada dalam lipatan sejarah tahun 2014, kehilangan pesawat MH370, disusuli dengan peristiwa MH17 yang ditembak jatuh dan yang terkini pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 penerbangan dari Surabaya ke Singapura yang hilang dari radar, dan pasukan SAR menemui serpihan pesawat & beberapa mayat di Laut Jawa. Saya secara peribadi turut berasa berdukacita di atas malang yang menimpa.Kita juga diuji dengan banjir teruk yang melanda negeri di Pantai Timur Malaysia. Pilu hati menerima perkhabaran sahabat yang baru 5 hari melahirkan anak terpaksa mengharungi banjir yang teruk di Kuala Krai, ibu & suaminya terputus hubungan, bergelap dan berlapar bersama beberapa penduduk lain di kebun getah di atas bukit. Lebih pilu, rumah yang diduduki sejak sekian lama, lenyap dari pandangan mata. Ya Rab, murahkanlah rezeki mereka, gantikanlah kehilangan itu dengan suatu yang lebih baik..aamin.

Kita tinggalkan catatan duka 2014, biarlah menjadi sejarah, sejarah yang diharapkan tidak akan berulang. Semoga tahun 2015, membawa sinar baru kepada kehidupan kita, kita menjadi insan yang lebih baik.

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya KAMU TIDAK AKAN TERSESAT SELAMA-LAMANYA. Itulah AL-QURAN & SUNNAHKU"

Nota: Semoga kita dapat ambil intipati & amalkan apa yang telah Rasulullah S.A.W sampaikan dalam khutbah terakhir baginda.