Friday, February 27, 2015

Budget Cuti ke Sabah..Aramaiti Bah!!

Assalamualaikum..

7 Februari 2015-10 Februari 2015
Memorable trip to Sabah, Land Below The Wind!

Budget for 2 person (at KL)

Transport Kul-Bki (return) : Malindo Air
Fare : RM470.00 including insurance & seat.

Car Rental : 7 Feb (5pm) to 10 Feb (2pm)
Viva Auto : RM250.00

Accomodation :  Kota Kinabalu
De Gelleria Hotel : RM118.00 (1 night, room only) Deluxe Room Queen

Accomodation : Kundasang
Kinabalu Pine Resort : RM320.00 (1 night, breakfast & dinner) Superior Deluxe Block N
                                          : RM250.00 (1 night, breakfast & dinner) Superior Standard Block P

Total : RM1408.00

Enjoy Budget for 2 person (at Sabah)

Island Hopping (Manukan & Mamutik) : RM110.00 (include masks & goggles)
Poring Hot Spring                                      : RM6.00
Canopy Walk + Camera                            : RM6.00 + RM5.00
Kinabalu Park                                             : RM6.00 
Desa Cattle Dairy Farm                             : RM8.00
Fish Spa Tagal Moroli Sg Luanti               : RM10.00
Petrol for Viva                                            : RM20.00

Total : RM171.00

Other budget

Souvenir, makan-makan : siri bajet sendiri..hehe

Itinerary

Car Rental Contact No.




 
















Ok, entri cuti tak create lagi, dah publish entri pasal budget dulu..haha. Takpa nanti senang nak rujuk. Itu budget kami suami isteri ja, mungkin uoll's boleh dapat lagi murah flight ticket & bilik hotel, yang penting kena rajin mencari.

Friday, February 13, 2015

Perginya Sang Murabbi Ummah..

Assalamualaikum

Al-Fatihah buat mu Murabbi ummah, semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang dikasihi Allah Taala.

Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran

Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazaman
Bara keramat doa dan harapan

Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga 
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak

Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi 

Tangisanmu rahsia dihati
Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA


Tuesday, February 10, 2015

3 series

Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur kepadaNya yang memberikan rezeki & kesihatan yang baik. Sedar tak sedar februari 2015 sudah berada di pertengahan. Besok 11 februari adalah hari lahir aku..Ya Allah terima kasih di atas rahmatMu, esok genap umurku 30 tahun. Alhamdulillah Ya Rahman, Ya Rahim.

Sempena kehadiran 3 series ini, suamiku membawa aku bercuti ke Sabah, lebih tepat lagi Kota Kinabalu & Kundasang. Teruja..pertama kali aku ke Sabah. Akan ku ceritakan di entri yang lain.

Tiada ungkapan lain melainkan rasa syukur pada Allah Taala dan terima kasih pada suami. Dia yang banyak memberi dokongan dan semangat padaku. Tipu andaiku katakan pada umur mencecah 3 series ini aku tidak risau mengenai hal zuriat. Sepertimana yang kalian tahu aku sememangnya berusaha untuk memiliki zuriat keturunanku, selepas ectopic pregnancy 2 tahun yang lalu. Namun di balik kerisauan itu, keyakinan aku tidak pernah goyah bahawa Allah penentu segalanya. Suamiku juga selalu ingatkanku perkara yang sama. Jika memang rezeki, atas izin Allah, Dia akan bagi jugak rezeki zuriat. Kita diuji dengan pelbagai ujian, kekayaan, kemiskinan, anak ramai, tiada anak..itu semua ujian Allah SWT. Doa yang baik-baik, fikir yang baik-baik, InshaAllah yang datang pun baik-baik saja.
 
Ok sampai di sini dulu. Alhamdulillah, syukur kepadaNya untuk 30 tahun menyedut udara di bumiNya dan doa buat ayahanda & bonda tercinta yang melahirkan, membesarkan serta banyak berkorban untuk ku juga adik beradikku.