Tuesday, October 8, 2013

MAGIS~Yang Tak Masuk Akal Boleh Berlaku Disini

Alhamdulillah, malam tadi berjaya khatam karya terbaru novelis kegemaran saya, Ramlee Haji Awang Murshid (RAM) yang berjudul MAGIS. Novel Magis ini saya beli di MPH Mid Valley masa lunch break Jumaat yang lalu. Sebenarnya tak tau pun yang Magis dah dijual di MPH sebab sebelum ni dijual secara online oleh Kelab RAM. Kebetulan p MPH Jumaat lalu nampak novel ni tersandar cantik kat rak buku, apalagi terus grab satu dengan harga RM21.00 sebuah.

Novel ini mengisahkan pertemuan antara 5 watak utama daripada novel-novel RAM sebelum ini. Jika anda belum mengikuti novel-novel terdahulu anda mungkin akan keliru sedikit. Sikit aje, InsyaAllah masih boleh faham. Siapakah 5 watak tersebut :-
  • Saifudin @ Laksamana Sunan (watak dalam rangkaian novel dibawah, yang saya pasti merupakan karya terbaik RAM, yang mana turut menjadi igauan saya.)
    I love the stories very much
  • Mikhail @ Pembunuh Upahan (watak dari novel berjudul Mikhail)

  • Carlos @ Bilal Piut (watak dalam novel Mandatori)
  •  Ryu-Watanabe (seorang yakuza dalam novel berjudul Hatiku di Harajuku)
  •  Tombiruo @ Ejim seorang penjaga hutan Keningau (watak dalam novel berjudul Tombiruo)
Fenomena Halo telah mengheret 5 manusia yang berlainan tempat & berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih terjebak ke lokasi yang berbeza-beza dan kemudiannya bertemu. Namun ada sebahagian daripada mereka terjebak dengan kejahatan yang diketuai oleh Turak iaitu seorang pemimpin boneka di sebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat.

Jadilah review takat tu..nak tau lebih terperinci kenalah baca sendiri baru dapat feelingnya. InsyaAllah pasti tidak menghampakan.

Lepas ni akan ada lagi karya terbaru RAM, berjudul SUNAN.
The beginning stories, kisah seorang anak muda dari Punggor yang difitnah dan merantau jauh ke Tanah Rencong sebelum bergelar Laksamana Sunan. Pergh! tak sabau nak menunggu dan pasti menjadi rebutan peminat setia kisah Laksamana Sunan seperti saya dan suami.


p/s: Planning nak buat mini library kat rumah, InsyaAllah akan saya kongsikan koleksi novel-novel RAM yang ada dalam simpanan kami, suami isteri peminat karya thriller Ramlee Haji Awang Murshid.

Sunday, October 6, 2013

Santai Petang di GM Klang


Akhirnya sampai jugak GM Klang minggu ni lepas 2,3 minggu dok sebut nak p GM Klang. Walaupun jaraknya hanya lebih kurang 20 minit dari kediaman kami namun kekangan masa menjadi penghalang. Lagi pula GM Klang ni tutup pukul 7pm, so kalo nak p sana memang kena p awal la baru boleh pusing habis. Alhamdulillah hari ni ada kesempatan itu, walaupun kelmarin seharian berstokin dan berselimut, husband sentuh rasa panas tapi saya rasa sejuk dengan sakit perut dan cirit birit. Malam tadi sebelum tidoq makan ubat then call mak, sayu hati bila mak suruh makan ubat dan jaga diri, dah la mak dok jauh..oh! I miss my mom sooo much!!

Okeh..kat GM Klang ni banyak barang dijual dengan harga borong, ada yang murah ada yang mahal. Tujuan saya p GM Klang ni sebenarnya nak cari manik. Nak tambah stok manik tapi hari ni cari manik pearl untuk jahitan manik crumble, tak tau akan menjadi crumble ke tak..



Manik ni depa dah mix together, kecik besaq dan colourfull, maybe untuk habiskan stok kot, sepaket berharga RM7.00. Nanti bila nak guna terpaksalah saya menjadi Puspa Wangi yang mengasingkan barangan dari uncang Engku Nila, seperti dalam filem Musang Berjanggut..hahaha..

Saya ada singgah juga di beberapa kedai yang menjual barangan kerja kahwin, nak survey paper box untuk bagi pada rombongan pengantin perempuan dan kawan-kawan adik. Tapi tak banyak pilihan paper box, designnya saya tak berkenan dan harganya agak mahal. Ada yang murah tapi paper bag biasa bukan seperti yang saya inginkan. Tak dapat paper box, benda lain yang saya dapat.

Kertas merah untuk balut polisterin dulang hantaran dan bunga foam ni saya beli dengan harga RM5.00 untuk sejambak, ada 10 tangkai bunga. Saya tak tau la murah ke tak, mungkin kat tempat lain boleh dapat lagi murah kot. Kalo anda beli bunga foam ni dengan harga yang lebih murah, sudi-sudikanlah berkongsi di sini.

Lepas habis pusing GM Klang, kami ke AEON @ Jusco Bukit Tinggi, dekat dengan GM jugak, makan dan tengok wayang cerita Gravity. Husband cakap filem tu filem bajet ciput sebab pelakonnya hanyalah Si Sandra Bullock seorang dan Si George Clooney sebagai penampilan istimewa..hahaha..boleh lah dapat 2 bintang daripada 5.


Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com