Thursday, October 31, 2013

Kulat Sisir

Kulat Sisir, anda pernah makan tak? Kulat Sisir, di sesetengah kawasan dikenali sebagai Cendawan Kukur, tumbuh di batang pokok getah mati, kalau pada pokok getah yang hidup dan masih mengeluarkan susu atau yang baru ditebang takdenye kulat sisir ni. 

Dulu, zaman kanak-kanak saya, aktiviti selepas hujan adalah p ke kebun getah yang ditolak untuk penanaman semula untuk cari kulat sisir. Kekadang nampak macam pesta kutip kulat sisir, apa tidaknya, ramai orang kampung berkumpul di satu-satu longgok batang pokok getah tu. Saya dan kawan-kawan pulak bertanding siapa dapat kutip paling banyak. 

Kulat Sisir boleh disimpan untuk beberapa tempoh dengan kaedah menjemur untuk mengeringkannya. Kemudian kalau nak dimasak, hanya perlu rendamkan di dalam air, kulat ini akan mengembang dan lembut. Kebiasaannya mak saya akan masak kulat sisir ni dengan cili tumis, memang kegemaran kami sekeluarga. Selain itu, boleh digoreng dengan telur, masak lemak cili padi dan pelbagai lagi.

Alkisahnya, kulat sisir ini banyak juga khasiatnya, mengandungi schizophllyan yang bersifat anti tumor dan anti kanser. Ia juga mampu meningkatkan sistem imun badan. Selain itu, ia bersifat anti bakteria, anti parasit dan anti radang. Khasiat yang terdapat dalam kulat sisir ini mampu melindungi dan mengawal hati.

Dah lama sangat tak makan kulat sisir. Gambar-gambar ini diambil ketika balik kampung minggu lepas, kulat sisir tumbuh di batang kayu getah, yang disimpan sebagai kayu api untuk kenduri adik saya nanti.


Tuesday, October 29, 2013

Seketika di Laman Ayahanda

Assalamualaikum..

Kita hanya merancang namun Tuhan yang menentukan segalanya. Sesuatu yang diluar perancangan kami sebenarnya, long journey to the North..balik kampung. Apa pun syukur dapat berjumpa ayahanda dan bonda yang dirindui walaupun seketika cuma, kerana terpaksa bergerak ke rumah mentua pula untuk menyelesaikan beberapa perkara.

Tempek gambar pokok-pokok bunga yang ditanam oleh ayah di halaman rumah, bila rindu kampung halaman boleh tengok kat blog..

Ikan Haruan hasil pancingan











Rasa cinta yang mendalam terhadap bonda dan ayahanda
Belum puas rasanya bermanja
Apabila tiba waktu ketika perpisahan semula
Airmata bermain ditubir mata
Berat rasa hati untuk melangkah pergi 
Kerana rindu masih bersarang di hati
Bilakah akan bersua lagi
Saat indah bersama keluarga yang ku kasihi...
Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com