Friday, June 12, 2015

Desa Cattle Dairy Farm, New Zealand Malaysia

Daripada review blogger-blogger yang pernah berkunjung ke Sabah, rata-rata menceritakan pengalaman mereka ke Desa Cattle Dairy Farm yang terletak di Mesilau, Kundasang Sabah. Tertarik dengan cerita & gambar-gambar yang dipaparkan, aku turut memasukkan lokasi tersebut dalam itinerary percutian aku. Desa Cattle Dairy Farm letaknya tidak jauh dari hotel penginapan kami, jalan ke sana pula berbukit bukau dan cantik.

Caj RM4.00/person dikenakan bagi dewasa, tiket boleh didapati di pintu masuk ke Desa Cattle Dairy Farm. Menyusur jalan masuk ke kawasan letak kereta, dikiri kanan jalan, mata akan dijamu dengan kehijauan padang ragut & lembu-lembu bertompok hitam putih macam lembu dalam iklan Fernleaf. Agaknya kerana sebab itu kot Desa Cattle Dairy Farm ini digelar New Zealand, Malaysia.


Desa Cattle Dairy Farm ni terletak di kaki Gunung Kinabalu, walaupun kitaorang kat sana sampai pukul 12 tengahari tapi nyaman je rasa, sejuk. Kata pak cik yang kerja kat situ, kalau cuaca baik kamek boleh nampak jua orang sedang berjalan di puncak gunung tu. Aduh pak cik, belum rezeki bah, kerana hari tu berkabus saja, nak tengok puncak gunung pun ada masa 30 minit je di waktu pagi.


 Tempat harus bergambar di batu tanda Selamat Datang ni..bagi can tuan blog berfoto gedix!
Kiranya kalau cuaca elok, tidak berkabus maka nampaklah puncak Kinabalu di situ. Namun apakah daya, kabus itu terlalu cemburu..tapi takpe itu pun tetap cantik & nyaman sekali.
Lama juga kami di sini, berfoto dan menikmati Aiskrim & produk tenusu segar hasil ladang ini. Susu lembu segar sangat sedap.
Seusai menikmati produk tenusu, masa untuk beransur ke destinasi seterusnya. Kami suami isteri seronok selama berada di destinasi ini, Nyaman & tenang sekali, hamparan rumput hijau saujana mata memandang dan cuaca sejuk sungguh menenangkan. Allahuakbar, untuk Allah juga segala puji-pujian.

Selamat Tinggal Mesilau, InshaAllah kita akan bertemu lagi..


Note: Salam takziah untuk keluarga & sahabat mangsa-mangsa yang terjejas akibat gempa bumi di Sabah, Ranau & Kundasang, khasnya. Seluruh rakyat Malaysia turut berdukacita & mendoakan kesejahteraan kalian.


Saturday, May 23, 2015

Kundasang Destinasi Wajib!

Assalamualaikum..


Baru ada kesempatan untuk sambung update percutian ke Sabah pada Februari yang lalu. Sibuk sikit sejak 2, 3 menjak ni.

Ok berbalik kepada ceritera Negeri Di Bawah Bayu ni, aduhai rindunya nak p Sabah lagi, negeri cantik & mendamaikan lebih-lebih lagi daerah Kundasang. Kundasang! rugi kalau tak berkunjung jika sudah sampai ke Sabah. Cuaca sejuk, berkabus tak kira siang atau malam, sekelilingnya dipenuhi hijauan pepohon & bukit bukau yang mendamaikan jiwa..Oh alangkah bahagianya kalau hari-hari sedut udara nyaman sebegitu..krik krik krik.

Kundasang! Ada apa dengan Kundasang? Of couse ada Gunung Kinabalu, mercu tanda negeri Sabah! Setiba di Kundasang, check-in Kinabalu Pine Resort. (Cerita hotel di lain entri.) Seronok, duduk di beranda sambil layan udara nyaman & permandangan cantik Gunung Kinabalu.
Permandangan dari balkoni bilik N2, Superior Deluxe Kinabalu Pines Resort. Ohsem, sejuk & nyaman. Waktu ni Gunung Kinabalu masih diselimuti awan. Tapi bila matahari mula terbit, maka terlihatlah puncak tertinggi di Asia Tenggara yang tersergam indah.

Semasa kami di sana, kami hanya dapat menikmati beberapa jam sahaja pemandangan indah Gunung Kinabalu, itu pun hanya di waktu pagi, cuaca sejuk & berkabus tapi Alhamdulillah tak hujan.
Zoom in sikit, puncak Kinabalu sebelum dilitupi awan. Kulihat dari jauh, kau sungguh cantik dan pastinya kau juga punya sejarah tersendiri.
Gambar atas ni macam berada di alam fantasi pulak. Gambar diambil sekitar pukul 7.00 pagi ketika matahari kian meninggi & menghalau kabus yang menutupi puncak Kinabalu. 

Ok sampai di sini dulu, cukuplah sebagai pengubat rindu..hehe. InshaAllah next entri Mesilau.


Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com