Wednesday, May 29, 2013

Tragedi Sungai Rajang

28 Mei 2013 mencatatkan satu lagi peristiwa pilu dalam sejarah negara apabila berlakunya tragedi bot karam di Sungai Rajang berhampiran Belaga di pendalaman Sarawak. Menurut sumber dari Bernama, 23 orang masih belum ditemui manakala 181 yang lain terselamat. 

Membawa penumpang berlebihan dan bot terlanggar batu dikatakan punca berlakunya nahas tersebut. Ketika kejadian bot dengan kapasiti 67 penumpang itu sarat dengan penumpang seramai 204 orang yang ingin pulang untuk sambutan Hari Gawai, kebanyakannya pekerja pembalakan dan ladang kelapa sawit di kawasan itu. Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan oleh pihak berkuasa.

Penumpang bot pada hari berlakunya tragedi

Teringat dulu masa sekolah cikgu ada cerita tentang hilang di laut dan hilang di sungai, katanya kalau hilang di laut, akan ditemui juga sebab ombak akan bawa ke pantai tapi kalau hilang sungai xtau di mana penghujungnya. Saya doakan mereka yang hilang akan ditemui dalam keadaan selamat, apapun kepada Yang Maha Kuasa jugalah kita berserah.

“Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.” (Al-Fatihah:5)









Tuesday, May 28, 2013

Oh Imam Muda Nazrul



Dah tengok? Dah Dengar? video kat atas ni? serius make me melting..syahdunya, merdunya suara Imam Muda Hassan Adli & Imam Muda Nazrul Izwan ni kan..HEBAT!

Chek sebenaqnya nak habaq ni..chek sukanya tengok Imam Muda Nazrul ni, airmuka jernih, senyum manis, bersih..karakter & karisma yang menawan..Subhanallah..hebatnya ciptaan-Mu Ya Rabb..

Imam Muda Nazrul Izwan bin Zolkiflee dilahirkan pada 20 Jun 1985 di Segamat, Johor. IM Nazrul dah berkahwin selepas STPM dan mempunyai anak dah. Erm..kahwin muda, hikmahnya dapat menjauhkan diri dari melakukan maksiat..IM Nazrul merupakan seorang Guru Besar ye di SRA Rakyat Nur Al-Syahadah,Manjung, Perak, umur 28 tahun dah jadi Guru Besar ok..

Oh Ustaz Nazrul


Beliau ada berlakon dalam drama Warkah Cinta dan Cinta dan Wahyu yang disiarkan di TV Al-Hijrah. Cinta dan Wahyu, Selasa, 10.00PM, Warkah Cinta tahun 2012 siar..boleh tengok kat UTube...Banyak mesej yang baik dan bermanfaat..saya tak pernah miss..hehe




Suatu Masa Dahulu-Belalang Kunyit

Ini adalah entri kenangan mengusik jiwa yer..hehe. Tiba-tiba teringat zaman bebudak hingusan dulu (err..nak habaq zaman kanak-kanak, bukan nak habaq kata ada hingus noh).. setiap kali musim menuai, orang ambik padi, saya dan sepupu-sepupu pasti dok p kerumun tempat mesin tuang padi tu..Dok buat apa, kan miang tempat-tempat gitu? Hehe..zaman budak-budak bukan tau miang ka apa kan. Pakat kerumun kat longgok padi tu sambil pegang plastik beg sorang satu..cari belalang kunyit..haa ko ado?

Longgok padi inilah ada belalang kunyit ye..

Belalang kunyit ni boleh makan ye kawan-kawan jangan hangpa xtau...eh orang-orang Utara mesti tau kan. Belalang kunyit kaya dengan sumber protein ye + makanan Rasulullah S.A.W ketika perang. Selalunya kami main masak-masak ja, belalang-belalang tu kami buang sayap, kemudian cucuk kat lidi lepas tu bakar..tumpang dapur Mak Teh..Kira sedap dah lah time tu.. :)

Macam satey plak..satey belalang..hihi


Rasanya la ni xdak dah budak-budak dok buat lagu tu..padi pon depa xmain dah longgok-longgok ni, dari mesin terus tuang atas lori, angkut p kilang padi.

Kalo lagu ni macam mana nak cari belalang?


Dah lama sangat tak makan belalang kunyit ni, xtaulah perut boleh terima lagi ke tak, tapi pernah baca dalam SinarHarian, kat Pasir Puteh, Kelantan, depa ada jual belalang kunyit kat pasar malam. So far, kat area Pendang, atau kawasan sekitar belum pernah jumpa lagi orang jual Belalang Kunyit kat pasar.

Kehidupan anak-anak kampung zaman dulu macam ni lah..miang padi, selut bendang, terjun sungai, main jerami, serkap ikan memang dah sebati dalam diri..Rindu pulak zaman dahulukala..


Pictures from Google.

Wednesday, May 15, 2013

Pictures Can Make Us Smile




Free parking is here!

Can arr? haha

















Can take your order?




Air Belum Tahu?

Why mom, do like that?




Angry Bird Pau..ada berani?





Starbuck Coffee..i believe it's cheaper 


                                              


                                                     Hope that you are smiling too :)


Sources : Google



Tuesday, May 14, 2013

Allahuakbar~Ombak Ais








               Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua,

Semalam saya ada tengok berita, diorang tunjuk fenomena Ombak Ais, iaitu timbunan ais yang bergerak menuju ke darat..Ya Allah..Subhanallah! Terkejut dan terpegun saya tengok video yang dirakamkan oleh amatur itu..

Menurut rangkuman berita tersebut..
Fenemona angin kencang meniup timbunan ais ke tebing tasik "Mille Lacs" menggamit penduduk Minnesota, Amerika Syarikat. Video amatur menunjukkan timbunan ais bergerak secara perlahan ke darat. Timbunan ais itu dianggarkan setinggi satu meter di beberapa lokasi. Ia dilihat seperti berjalan dan melanggar pokok serta rumah di tepi tasik. Tiada individu yang cedera dalam kejadian ini. Namun, sebuah rumah dilaporkan mengalami kerosakan kecil akibat ais berkenaan. Ramai penduduk mengambil peluang bagi merakamkan video dan gambar untuk dikongsi dalam sosial.

Terpegun saya melihat kejadian itu..Maha Suci Allah yang mengetahui apa yang di langit dan di bumi. Dan apabila Dia berkata KUNFAYAKUN, "Jadi, maka jadilah!"


 

Saturday, May 11, 2013

Hari Ibu..Islam vs Barat



12 Mei, kebanyakan negara di dunia termasuklah Malaysia mengiktirafkan tarikh tersebut sebagai Hari Ibu @ Mother Day. Apakah dalam Islam ada menceritakan tentang hari ibu ini? 

Baru-baru ni aku ada terdengar ceramah Ustaz Azhar Idrus (kawe acap denga ceramah UAI, mung jange dop tahu..ehehe), kata ustaz Hari Ibu haram disambut oleh umat Islam, tapi KENAPAKAH? 


Sumber: Pakcik Google

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka.  Apa pula Mother Church yang diperkatakan oleh UAI tu? Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memulihara mereka dari sebarang kecederaan.

Apa pandangan Ulama Islam mengenai sambutan hari ibu?

Ulama berselisih pendapat dalam hal ini, 

1. Ada sekelompok ulama kata HARAM, bidaah dan terlalu mengikut barat.

2. Lagi satu kelompok ulamak mengatakan HARUS, namun bergantunglah kepada nawaitu/niat kita. 

 Sambutan itu hanyalah penghormatan tambahan  yang dilakukan lanjutan daripada penghormatan sehari-hari yang diberikan selayaknya untuk ibu.

Sambutan itu tidaklah dianggap sebagai satu perayaan dalam mafhum Syarak iaitu menyamai Eid al-Adha dan Eid al-Fitri yang ada asasnya yang jelas dalam nusus Syariah.

Pada pendapat aku, hari ibu tak salah kalo kita nak sambut sebagai kita menghargai ibu yang telah banyak berkorban untuk kita. Niat dalam hati kita, kita buat tu bukan kerana ikutkan amalan orang kafir tapi kita nak menghargai ibu kita..memang hari-hari kita menghargai ibu kita kan.. Tu yang UAI cakap kalau takut rosak AKIDAH jangan sambut, yang penting nawaitu dalam hati kita..sebab apa jua tindakan kita, manusia hanya boleh menilai tapi bukan manusia yang menentukan dosa atau pahala. 

Hari-hari pon hari ibu, menyayangi, mengingati serta menghargai ibuku..sayang mak bawak ke syurga. Semoga mak dipanjangkan umur, sihat selalu, murah rezeki dan diberikan segala kebaikkan di dunia dan di akhirat. Mak satu-satunya insan yang paling memahami, kaunselor terbaik, cikgu yang terhebat, meletop memang daa BOOM.

Hargailah ibu dan ayah kita selagi mereka ada, taburkan bakti...

"Dan apabila mata ibu mu sudah tertutup, maka hilanglah satu keberkatan disisi Allah Taala, iaitu DOA seorang ibu."


p/s: bila berbicara tentang ibu, hingga ke hari ni aku tidak jemu berdoa semoga Allah Taala memberikan aku peluang untuk menjadi seorang ibu, mengurniakan aku zuriat keturunan yang sihat & sempurna, soleh & solehah. Semoga waktu itu cepat tiba..amin..







Wednesday, May 8, 2013

Ectopic Pregnancy @ Kandungan Luar Rahim


11 Februari 2013,

Ku pulang ke kampung halaman bersama suami tercinta, mak adakan Majlis Kesyukuran menyambut Ulang Tahun Kelahiran ku serta Majlis Pertunangan Hafis, adikku...Terima kasih mak di atas jasa & pengorbanan mak selamanya.


28 Februari 2013,

Perkahwinan kami sudah mencecah 1 tahun 1 bulan 1 minggu hari ini. Tiada apa yang lebih menggembirakan hati kami suami isteri apabila Doktor Wan Elena mengucapkan tahniah kepada kami sebentar tadi..Yeay aku mengandung!! Entah bagaimana mimik muka yang aku tunjukkan aku pun tidak pasti, cuma hati memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa..sudah lama kami menantikan zuriat keturunan kami..Alhamdulillah, ku kira inilah hadiah hari jadi yang paling bermakna, ku lihat suami mengalirkan airmata gembira..sebak rasa hatiku.

Bangun pagi itu, aku rasa tak sedap badan, perut rasa senak dan aku kerap sendawa sejak kebelakangan ini. Cik P pula sudah 3 hari delay, aku dapat rasa aku pregnant, period ku tidak pernah lewat sampai 3 hari, cumanya aku tidak berani untuk confirmkan dengan hubby, takut perasaan ku salah dan mengecewakan suamiku itu. Hubby bawa aku ke Klinik Wan Elena, CONFIRM! it's about 4 weeks katanya..Happy! happy! happy! Subhanallah, Alhamdulillah..datang next month untuk scan ye.

"Sujud syukur hanyalah pada-Mu Ya Allah, yang Maha Mencipta & Membentuk."

Life start as a pregnant lady by today :)


8 March 2013,

Hari ni ada PC Fair kat Mid Valley, dek kerana aku ada keinginan untuk membeli power bank so habis satu Exhibition Hall tu aku pusing untuk survey harga, dah habis satu round, aku jalan lagi ke kedai yang dah aku aim untuk beli power bank tu. Banyak pulak berjalan hari ni Mommy tO be.

Di sinilah kisah bermula, 8 March, Friday, sekitar jam 3.30pm, di toilet office, ku lihat ada urat darah. Aku agak mungkin aku banyak berjalan kot sebab tu ada darah keluar. 30 minit lepas tu, aku check lagi ada darah cair keluar macam period, perut aku tak sakit, rasa biasa macam nak datang period. Kakak senior di office ku jadikan tempat rujukan dan hati sudah tidak keruan. Katanya Kak Imah, "xpe, mungkin ko banyak berjalan hari ni, Kak Imah dulu pun pernah jadi mcm ni, tunggu tengok kalo esok ada darah lagi g klinik, jangan buat keja-keja rumah, balik nanti baring aje". Aku call hubby, dengar je suara hubby, terus mencurah airmataku..aku bimbang akan keguguran & kehilangan.

Petang itu balik office, ada lagi darah, hubby bawa aku g Klinik Wan Elena tapi malam ni doktor lain yang bertugas, doktor scan, dia cakap nampak macam kandungan nak turun (keguguran) tapi katanya tengok ada bintik-bintik ni macam kandungan anggur, tapi saya tak pasti..doktor sarankan terus g hospital malam ni juga. Ku toleh pada suami, airmataku mula tertakung, dia senyum tawar dan pegang tanganku, cuba untuk mengalirkan semangat. "Ya Allah selamatkan lah anak di dalam kandungan ku ini". Hubby terus bawa aku ke HTAR lepas keluar dari klinik. Kat HTAR, doktor lelaki, pelatih agaknya bersama seorang nurse buat check..lepas tu dia panggil seorang lagi doktor (perempuan) check, aku tanya kenapa, doktor perempuan tu cakap saya tak nampak kantung baby dalam rahim, rahim kosong tapi saya nampak ada kat sini, so saya syak mungkin kandungan luar rahim. Zzaaappppppp! sentap!

Aku di tahan ke wad, selesai pendaftaran masuk wad, aku suruh hubby balik sebab dia kena keja malam, lagi pula memang wad tu waris tak dibenarkan untuk teman/tunggu. Dalam pukul 2 am, nurse kejutkan aku, g jumpa doktor pakar. Doktor tu check, check & check lagi..Katanya mungkin kandungan luar rahim bila aku tanya doktor confirm ke, dia jawab, saya tak boleh confirmkan puan, kita kena operate laparoscopy (tebuk 3 lubang di perut) untuk pastikan. Kalo betul kandungan luar rahim kita terpaksa buang. Aku bgtau doktor suruh explain kat suami aku esok pagi & ask his permission to do operation. Aku berwassaps ngan hubby bgtau dia apa kata doktor dengan linangan airmata..mak dan ayah di kampung belum ku beritahu, cuma aku bersms dengan abang kandungku, doa dan nasihat mengiringi..


9 March 2013, 

Bangun pagi ni aku call mak di kampung to inform, airmata mengalir laju apabila menceritakan segalanya. Mak nak datang tapi aku cakap x perlu sebab hubby sentiasa ada disisi. Aku tahu bukan senang mak & ayah nak datang dari Kedah. Selepas keputusan ujian darah diperoleh, doktor datang menemui aku untuk mendapatkan tandatangan untuk melakukan pembedahan laparoscopy. Pasrah dan redha serta mengharapkan hikmah disetiap perancangan Allah aku menandatanganinya, pada suami ku terangkan aku redha dengan apa yang telah Allah tentukan dan aku berharap dia juga redha. Tepat pukul 1.00pm aku dimasukkan ke bilik pembedahan dan diberikan bius untuk tidak sedarkan diri. Aku sedar semula 4.30pm, semuanya selesai namun aku masih di bilik pembedahan. Mereka menunggu aku sedar untuk pindahkan kembali ke wad biasa. My baby was gone dan tiup fallopio kanan telah dipotong. Ketika aku disorong keluar dari bilik pembedahan, ku lihat suamiku masih setia menunggu dan mengikut dari belakang, hubby senyum tawar..he was crying.

"Merancang dan Perancangan, namun perancangan Allah lah yang paling terbaik, Allah tidak akan mengambil sesuatu yang kita sayang melainkan untuk menggantikan dengan yang lebih baik"


10 March 2013,

Hari ni 12.30pm, aku dibenarkan pulang, luka bekas operate sikit saja dan tak sakit sangat. First day after operate, kena air x rasa pedih pon tapi aku tetap berjaga-jaga dari segi pemakanan dan perbuatan, turut berpantang macam orang bersalin. Meskipun sedih kehilangan baby apatah lagi itu merupakan kandungan pertama setelah setahun lebih menunggu, namun aku berlapang hati menerima segala ujian Allah kerana aku percaya hanya insan-insan istimewa saja yang dipilih Allah untuk menghadapi semua ini. Aku tidak akan berputus asa untuk terus mencuba memiliki zuriat keturunan kami. Tiup fallopio kiri ku doktor telah sahkan normal, aku boleh mencuba untuk mengandung dan memiliki cahaya mata lagi. Doktor minta supaya berehat dan cuba untuk mengandung lagi selepas 6-8 bulan.

"Ya Allah, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik dan sempurna, sesungguhnya Engkau mendengar dan menerima doa."