11 Februari 2013,
Ku pulang ke kampung halaman bersama suami tercinta, mak adakan Majlis Kesyukuran menyambut Ulang Tahun Kelahiran ku serta Majlis Pertunangan Hafis, adikku...Terima kasih mak di atas jasa & pengorbanan mak selamanya.
28 Februari 2013,
Perkahwinan kami sudah mencecah 1 tahun 1 bulan 1 minggu hari ini. Tiada apa yang lebih menggembirakan hati kami suami isteri apabila Doktor Wan Elena mengucapkan tahniah kepada kami sebentar tadi..Yeay aku mengandung!! Entah bagaimana mimik muka yang aku tunjukkan aku pun tidak pasti, cuma hati memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa..sudah lama kami menantikan zuriat keturunan kami..Alhamdulillah, ku kira inilah hadiah hari jadi yang paling bermakna, ku lihat suami mengalirkan airmata gembira..sebak rasa hatiku.
Bangun pagi itu, aku rasa tak sedap badan, perut rasa senak dan aku kerap sendawa sejak kebelakangan ini. Cik P pula sudah 3 hari delay, aku dapat rasa aku pregnant, period ku tidak pernah lewat sampai 3 hari, cumanya aku tidak berani untuk confirmkan dengan hubby, takut perasaan ku salah dan mengecewakan suamiku itu. Hubby bawa aku ke Klinik Wan Elena, CONFIRM! it's about 4 weeks katanya..Happy! happy! happy! Subhanallah, Alhamdulillah..datang next month untuk scan ye.
"Sujud syukur hanyalah pada-Mu Ya Allah, yang Maha Mencipta & Membentuk."
Life start as a pregnant lady by today :)
8 March 2013,
Hari ni ada PC Fair kat Mid Valley, dek kerana aku ada keinginan untuk membeli power bank so habis satu Exhibition Hall tu aku pusing untuk survey harga, dah habis satu round, aku jalan lagi ke kedai yang dah aku aim untuk beli power bank tu. Banyak pulak berjalan hari ni Mommy tO be.
Di sinilah kisah bermula, 8 March, Friday, sekitar jam 3.30pm, di toilet office, ku lihat ada urat darah. Aku agak mungkin aku banyak berjalan kot sebab tu ada darah keluar. 30 minit lepas tu, aku check lagi ada darah cair keluar macam period, perut aku tak sakit, rasa biasa macam nak datang period. Kakak senior di office ku jadikan tempat rujukan dan hati sudah tidak keruan. Katanya Kak Imah, "xpe, mungkin ko banyak berjalan hari ni, Kak Imah dulu pun pernah jadi mcm ni, tunggu tengok kalo esok ada darah lagi g klinik, jangan buat keja-keja rumah, balik nanti baring aje". Aku call hubby, dengar je suara hubby, terus mencurah airmataku..aku bimbang akan keguguran & kehilangan.
Petang itu balik office, ada lagi darah, hubby bawa aku g Klinik Wan Elena tapi malam ni doktor lain yang bertugas, doktor scan, dia cakap nampak macam kandungan nak turun (keguguran) tapi katanya tengok ada bintik-bintik ni macam kandungan anggur, tapi saya tak pasti..doktor sarankan terus g hospital malam ni juga. Ku toleh pada suami, airmataku mula tertakung, dia senyum tawar dan pegang tanganku, cuba untuk mengalirkan semangat. "Ya Allah selamatkan lah anak di dalam kandungan ku ini". Hubby terus bawa aku ke HTAR lepas keluar dari klinik. Kat HTAR, doktor lelaki, pelatih agaknya bersama seorang nurse buat check..lepas tu dia panggil seorang lagi doktor (perempuan) check, aku tanya kenapa, doktor perempuan tu cakap saya tak nampak kantung baby dalam rahim, rahim kosong tapi saya nampak ada kat sini, so saya syak mungkin kandungan luar rahim. Zzaaappppppp! sentap!
Aku di tahan ke wad, selesai pendaftaran masuk wad, aku suruh hubby balik sebab dia kena keja malam, lagi pula memang wad tu waris tak dibenarkan untuk teman/tunggu. Dalam pukul 2 am, nurse kejutkan aku, g jumpa doktor pakar. Doktor tu check, check & check lagi..Katanya mungkin kandungan luar rahim bila aku tanya doktor confirm ke, dia jawab, saya tak boleh confirmkan puan, kita kena operate laparoscopy (tebuk 3 lubang di perut) untuk pastikan. Kalo betul kandungan luar rahim kita terpaksa buang. Aku bgtau doktor suruh explain kat suami aku esok pagi & ask his permission to do operation. Aku berwassaps ngan hubby bgtau dia apa kata doktor dengan linangan airmata..mak dan ayah di kampung belum ku beritahu, cuma aku bersms dengan abang kandungku, doa dan nasihat mengiringi..
9 March 2013,
Bangun pagi ni aku call mak di kampung to inform, airmata mengalir laju apabila menceritakan segalanya. Mak nak datang tapi aku cakap x perlu sebab hubby sentiasa ada disisi. Aku tahu bukan senang mak & ayah nak datang dari Kedah. Selepas keputusan ujian darah diperoleh, doktor datang menemui aku untuk mendapatkan tandatangan untuk melakukan pembedahan laparoscopy. Pasrah dan redha serta mengharapkan hikmah disetiap perancangan Allah aku menandatanganinya, pada suami ku terangkan aku redha dengan apa yang telah Allah tentukan dan aku berharap dia juga redha. Tepat pukul 1.00pm aku dimasukkan ke bilik pembedahan dan diberikan bius untuk tidak sedarkan diri. Aku sedar semula 4.30pm, semuanya selesai namun aku masih di bilik pembedahan. Mereka menunggu aku sedar untuk pindahkan kembali ke wad biasa. My baby was gone dan tiup fallopio kanan telah dipotong. Ketika aku disorong keluar dari bilik pembedahan, ku lihat suamiku masih setia menunggu dan mengikut dari belakang, hubby senyum tawar..
he was crying.
"Merancang dan Perancangan, namun perancangan Allah lah yang paling terbaik, Allah tidak akan mengambil sesuatu yang kita sayang melainkan untuk menggantikan dengan yang lebih baik"
10 March 2013,
Hari ni 12.30pm, aku dibenarkan pulang, luka bekas operate sikit saja dan tak sakit sangat. First day after operate, kena air x rasa pedih pon tapi aku tetap berjaga-jaga dari segi pemakanan dan perbuatan, turut berpantang macam orang bersalin. Meskipun sedih kehilangan baby apatah lagi itu merupakan kandungan pertama setelah setahun lebih menunggu, namun aku berlapang hati menerima segala ujian Allah kerana aku percaya hanya insan-insan istimewa saja yang dipilih Allah untuk menghadapi semua ini. Aku tidak akan berputus asa untuk terus mencuba memiliki zuriat keturunan kami. Tiup fallopio kiri ku doktor telah sahkan normal, aku boleh mencuba untuk mengandung dan memiliki cahaya mata lagi. Doktor minta supaya berehat dan cuba untuk mengandung lagi selepas 6-8 bulan.
"Ya Allah, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik dan sempurna, sesungguhnya Engkau mendengar dan menerima doa."