Assalamualaikum..
Salam Ramadan, hari ke 3 dah hari ini..Alhamdulillah..
Muka cheq tengah merenyam gatai la ni..adei! Bengkak merah, naik "bedan-bedan" @ kelopak garam, gatal-gatalnya tak payah ceritalah. Dok pedo/tahan ja lah takleh garu muka ni..dok tampaq-tampaq manja ja la muka sendiri. Ini bukan pertama kali, sudah beberapa kalinya berlaku..tapi pertama kali dalam bulan Julai. Apa puncanya cheq pon tak tau la..nak kata salah makan, semalam makan ikan temenung ja. Mungkin alergik sebab sejuk atau habuk atau mungkin genetik kot. Bukan boleh kira ni, hari tu p mandi air terjun kat Hulu Langat pon tiba-tiba dia mai jugak..gatal-gatal & bedan-bedan. Tapi yang cheq betul-betul pasti kalo cheq makan ubat tahan sakit iaitu Mefenamic Acid @ Ponstan pasti muka naik bedan-bedan dan cheq memang say NO dah pada Ponstan. Pagi ni dalam pukul 9 lebih dia mai pulak dah..ada ubat dalam beg tapi mana boleh makan..cheq posa tau!
Cheq tak tau macam mana cara nak hilangkan bedan-bedan ni tanpa makan ubat atau cara tradisional. Selalunya kalau tak makan ubat elergik, cheq buat tak tau ja la dan alhamdulillah dia hilang dalam masa kurang 12 jam. Cheq ada google kat internet, ada yang kata depa bancuh air + garam, kemudian pupuk kat tempat bedan-bedan tu..tapi cheq tak pernah cuba jadi tak tau la mujarab ka tak.. Haa..penyakit gatal, bedan-bedan atau kelopak garam yang dok menyerang cheq ni hanya terjadi kat muka saja. Sapa-sapa yang pernah terjadi bolehlah kongsi amalan kat sini ye..
Ok, sekarang cheq dok bersabar tunggu bedan-bedan ni go away..alhamdulillah gatal dah makin kurang..
"Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa-dosa kecil, maka bersabar & berdoa lah kepada Ilahi"
-Sekian-
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda disini. Terima kasih, sila mai lagi!