Hi! Assalamualaikum ('; ')
Alkisahnya, 25 Jun 2013 menjadi detik hitam dalam hidupku, aku telah menjadi mangsa ragut oleh seorang lelaki durjana yang tidak beretika, tidak bermoral, penyamun & seangkatan dengannya. Kejadian kira-kira pukul 7.20 petang ketika aku dalam perjalanan balik dari kerja. Suami ku mengambil aku dari stesen KTM Klang, kemudian g ambik motosikal yang dia tinggalkan di Centrepoint Klang, masing-masing bawak sorang sebiji moto balik rumah. Dek kerana hujan di Klang pada petang itu, sweater yang ditinggalkan di moto yang diparking kat Centrepoint tu basah kuyup. Aku bawak moto tanpa pakai sweater untuk balik ke Port Klang, bila tak pakai sweater tangan baju akan terselak bila kena angin, bila tangan baju terselak maka nampaklah gelang tangan yang "lip lap, lip lap" tu kan..Yes! itu kecuaian aku.
Bawak moto kadang-kadang suami di depan, kadang-kadang suami di belakang..tak boleh bawak moto 'beremba' ok! kalo nak kena gilis ngan lori ka trailer silalah 'beremba'..Nauzubillah ! Okeh, sampai kat area Shell Port Klang dekat Kilang APM suami aku kat depan, aku kat belakang, aku tengok cermin sisi, ada sebiji moto Yamaha LC Merah kat belakang follow aku. Dengan baik hatinya aku tak syak langsung lelaki yang follow itu adalah penyamun tarbus..tak lintas langsung! Lelaki tu terus bawak moto then slow kat sebelah aku..I tot maybe he want to ask me something or nak tanya jalan, walaupun dia langsung tak buka mulut, then dengan selamba kilat dia tarik rantai tangan yang aku pakai di sebelah kanan, then terus pecut moto. Aku tergamam & menjerit kecik, terkejut oi! Aku pon pecut juga LC ku kononnya nak ligan peragut tu lah sambil bunyikan HON tanpa henti..suami kat depan tak dengaq sebab telinga telah disumbat dengan earphone!! Our second mistake!! Aku berhenti kat sebelah moto encik asben dan menjerit bagitau dia gelang kena ragut..dia pon terkejut agaknya terus pecut ligan peragut tu & ada seorang indian guy naik kereta pon follow ligan peragut tu. Namun bukan rezeki, peragut tu terlepas dengan membawa gelang emas pertama yang aku beli dengan duit aku sendiri di zaman bujang dahulu..huhuhuhuhu..
Benda dah jadi menyesal pon tak guna, so moral of this story adalah kita kena sentiasa berwaspada, TIDAK semua orang baik macam abang kita, (ek, kenapa abang pulak? kerana abang pasti akan melindungi adik perempuannya) penyamun, penyangak, peragut dan seangkatan dengannya ibarat macam Sesumpah..pandai menyamar..so BE MORE CAREFULL!! JANGAN terlalu nak menunjuk-nunjuk barang kemas yang dipakai tu..macam me, sepatutnya pakai sweater tu walaupon basah. Then, JANGAN pakai earphone sambil layan lagu Jamal Abdillah semasa memandu, menunggang, bawa motosikal, kereta atau basikal....tak dengar & x sedar dengan keadaan sekeliling. Lastly, jangan excited nak ligan peragut tu sangat, ini mungkin lebih membahayakan nyawa kita, macam dalam newspaper baru ni 2 lelaki ligan penyamun yang curi handphone yang depa letak bawah seat motor, maut dilanggar sebuah kereta...jangan! jangan! atau mungkin peragut tu ada bawak pisau..hmm..dan jangan lupa buat laporan pada polis.
Semoga menjadi pengajaran dan peringatan kepada diri sendiri dan orang lain. Diharap benda yang berlaku pada aku ini tidak akan berlaku lagi pada diri dan keluargaku, kawan-kawan dan orang lain. Sentiasalah berwaspada, ada yang memerhati!!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda disini. Terima kasih, sila mai lagi!