Assalammualaikum, Selamat Sejahtera & Salam Jumaat.
Apa kelebihan dan keburukan bekerja di shopping mall, tempat kerja dekat dengan shopping mall? Banyak pro dan kontra yang pastinya dapat dirungkai. Anda tahu Mid Valley Megamall? Anda tahu The Gardens Mall? Bagi warga Kuala Lumpur, Selangor dan sekitarnya, nama dua kompleks ini bukanlah suatu yang asing pada halwa telinga kalian bukan? Dua gedung membeli belah besar di kawasan Lembah Pantai, Bangsar. Satu untuk golongan pertengahan dan satu untuk orang-orang kaya dan berlagak kaya boleh gak kot.
Aku insan kerdil yang dihimpit oleh kedua-dua gedung besar ini. Ya, aku bekerja dalam bangunan di antara Mid Valley Megamall dan The Garden Mall, dua langkah ke The Garden, tiga langkah ke Mid Valley Megamall. Seperti yang aku katakan terdapat banyak kelebihan dan kekurangan bekerja berhampiran shopping mall. Ok, kebaikannya, mudah untuk memperolehi apa yang kau nak, masak misalnya, barang basah boleh kau beli di AEON @ Jaya Jusco atau AEON BIG @ Carrefour, sayur, ikan, ayam, seafood dan macam-macam lagi. Office stationery, kalau tak cukup atau supplier lambat hantar, kau boleh p cari kat Jusco, Carrefour, MPH, Borders. (Baca Seterusnya...)
Kemudahan perbankan? mudah sangat kat sini, ATM bersepah, bank berderet, CIMB, MBB, RHB, Hong Leong dan beberapa pilihan money changer. Kain baju aku taknak cerita lah kan..kau masuk sini tembus sana..sepah-sepah kain baju orang jual, kau cuma perlu sediakan duit saja. Lagi, kalau kau bekerja dekat dengan shopping mall, kaulah orang yang selalunya awal tau sales itu sales ini..haa hari ni 30 August 2013 ada AEON@JJ Sales..up to 70%..jom kita serbu ramai-ramai. Lagi, kalau kau nak makan, kau tak payah pening tak lalu nak makan kat kantin yang sama saja setiap hari..terdapat banyak pilihan tempat makan, western ka, masakan melayu ka, fast foods ka, hang tinggal nak pilih, hulur duit atau hulur kad sajo. Kalau kau nak hiburan, boleh p karoks, main bowling, menonton wayang, main games, snuker pon ada. Kemudahan pengangkutan, bas, teksi, ktm komuter dan tak lama lagi ada lrt sampai Mid Valley, siap project SP Setia nanti ada la.

Yang tak bestnya kerja dekat-dekat dengan shopping mall ni, azabnya kau nak cari parking kalau kau datang keja lewat atau lepas lunch hour. Kadang-kadang 5 pusingan kau buat belum tentu ada tempat parking untuk kau lebih-lebih lagi kalau ada sales, AEON member day atau apa-apa event kat exhibition hall tu. Lagi parking mahal, kalau kau kerja normal 8.30am hingga 5.30pm macam aku, caj parking kau RM10.00 saja..murah kan..(*sigh). Kau bahagilah dengan berapa hari kau bekerja kena bayar berapa. Lagi, kerja dekat shopping mall kau boleh tengok macam-macam peel orang, mata kalau tak jaga dapat dosa free-free saja, aku kadang-kadang serabut jugak dengan suasana tu..ramai sangat orang boleh buat aku rasa pening dan serabut. Dan yang terakhir, kalau kau tak pandai kawal nafsu membeli belah kau, gaji kau sebulan pasti licin, nampak Jusco Sales, Metrojaya Sales, itu sales ini sales, semua hang nak..haa..ikat perut dengan tali lembulah lepas tu..kan!
The bridge connecting MVM & The Garden Mall. |
Mid Valley City...photo from Wikipedia |
Dulu masa belajar 2 kali je kot datang Mid Valley walaupun dekat. Pertama kenal Mid Valley kawan ajak, window shopping sebab rasa macam mahalnya barang-barang kat sini. Kali kedua datang MVC dengan kawan-kawan jugak, diorang ajak main bowling, aku follow saja. Sekarang, hari-hari datang Mid Valley, sampai naik cemuih/jemu dah..hari Sabtu dan Ahad jangan ajak aku ke Mid Valley okey...p Setia City Mall takpa.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda disini. Terima kasih, sila mai lagi!