Assalamualaikum...
Memang menjadi trend sekarang, ramai B2B menggunakan beg kertas seperti dibawah ini sebagai doorgift kepada tetamu dan kalau digoogle bermacam-macam idea dekorasi boleh didapati. Saya pun tak terkecuali, white paper bag ini saya beli di kedai kek, Bagus Bakery cawangan Klang dengan harga RM6.90 100 keping. Kalau di Mydin paper bag ini tapi brown paper bag harganya cuma RM3.10 untuk 100 keping.
Tampalkan beg kertas tu pada A4 paper (recycle paper pun boleh) pastu print macam biasa. Percayalah berkesan!
Hari ni suamiku ada kuliah, lagi satu kuliah tamatlah semester kedua dan kena bersiap sedia menghadapi peperiksaan pulak. Hari ni bangun awal pagi untuk siapkan sarapan untuk suami sebelum ke kuliah, bihun goreng menjadi menu. Kuliah suami lazimnya akan ambik masa seharian, adatlah bagi seorang pelajar PJJ. Suami tak makan tengahari kat rumah hari ni maka saya tak perlu tergopoh-gapah nak masak untuk lunch, cukuplah bihun goreng pagi tadi buat mengisi perut sendiri.
Memandangkan bersendirian di rumah, bagi mengisi waktu saya meneruskan kerja-kerja membuat beg kertas untuk dijadikan goodie bag majlis walimatul urus adik lelaki saya pada bulan Disember nanti. Sudah lama terbengkalai hari ini baru start balik. Beg kertas ini pernah saya buat untuk majlis kahwin saya dulu, kini buat untuk adik pulak dengan target 1000 keping beg kertas. Harap-harap saya rajin nak cukupkah 1000 keping.
Baca seterusnya
Baca seterusnya
Memang menjadi trend sekarang, ramai B2B menggunakan beg kertas seperti dibawah ini sebagai doorgift kepada tetamu dan kalau digoogle bermacam-macam idea dekorasi boleh didapati. Saya pun tak terkecuali, white paper bag ini saya beli di kedai kek, Bagus Bakery cawangan Klang dengan harga RM6.90 100 keping. Kalau di Mydin paper bag ini tapi brown paper bag harganya cuma RM3.10 untuk 100 keping.
Saya buat template dan design sendiri lalu dicetak di muka hadapan beg kertas tersebut. Kalau dulu, buat untuk diri sendiri saya print atas kertas A4, gunting dan tampal, tapi kali ini saya mahu buat kelainan, ada kerawang-kerawang yang gojes untuk adik kesayanganku.
Hasil 50% |
Proses untuk mencetak beg kertas ini bukanlah semudah yang kita sangka, kadang-kadang tersangkut pada printer dan comot dengan dakwat printer. Sangat memerlukan kesabaran, cuba dan cuba. 2, 3 keping kena reject tu biasalah. Lepas cuba dan cuba saya jumpa satu kaedah yang mudah, cepat dan tak sangkut-sangkut lagi.
Untung ada printer, big bos punya, boleh scan dan fotostat jugak. 3 in 1 |
Dah siap print bolehlah ke peringkat seterusnya. Saya plan nak letak doily paper dan reben. Isi kandungan beg kertas ini tak tau lagi tapi yang pasti kuih mesti ada, biasalah kenduri kat kampung, mesti banyak kuih-muih tradisi apatah lagi mak masuk pakat. Itulah satu nikmatnya hidup di kampung, kenduri kendara tak payah bimbang, saudara mara, jiran tetangga pakat turun mai tolong.
wahhh.! Rajin nyee akak buat tuu :)
ReplyDeleteTak pe untuk adik laki akak jugak kan :)
Rasanye ibu ayah eiqa pun koot buat gituu, lapik belakang..
bagusnyaa seorg kakak.. hehe =p
ReplyDeletemcm mane nk buat template tu?
ReplyDelete