Assalamualaikum...
Mood Raya masih ada tapi hari ni dah kena masuk kerja. Hari Raya ke-3 malamnya, terpaksa meredah kegelapan malam, menjadi salah seorang daripada ratusan pengguna Lebuhraya Utara Selatan menuju ke Ibukota. Walaupun baru Hari Raya ke-3, jalan raya sudah mula sesak dengan kenderaan yang masing-masing seakan berlumba untuk cepat sampai ke destinasi.
Tahun ni sekali lagi saya memutuskan untuk menyambut 1 Syawal di rumah mertua di Kota Kuala Muda, Kedah. Kira-kira jam 11 malam, malam raya kami bertolak dari Pendang, rumah mak ayah saya ke Kota Kuala Muda dan kembali menyambut Aidilfitri di Pendang pada hari raya ke-2 & ke-3. Hikmahnya, perkahwinan dengan orang satu negeri..Alhamdulillah..jodoh.
Suasana Aidilfitri di kampung suami agak berbeza dengan suasana di kampung saya, kat kampung suami masih ramai budak-budak yang suka berjalan di hari raya untuk collect duit raya dari rumah ke rumah. Tambahan pula kawasan perumahan Keda, rumah dekat-dekat dan ramai penduduk. Budak-budak datang beraya secara berkelompok dan dalam sekelompok paling kurang pun ada 5 orang. Yang bestnya budak-budak ni datang beraya, bila dijemput masuk makan, tak nak! "dah kenyang, dah makan kat rumah, macam-macamlah alasan" tunggu depan muka pintu, selagi tak bagi duit selagi tu lah diorang dok tunggu..haa..kadang-kadang tu ada juga yang dah dapat duit raya terus blah, taknak dah bersalaman. Adui..hahaha..memang betul-betul kutip duit habaq hang. Masing-masing bawa beg, lazimnya budak-budak perempuan lah, ada juga budak lelaki bawa beg, beg plastik..memang sempoi habis.
Berbeza pulak dengan di kampung kami kat Pendang, bebudak dah tak ramai, kalau yang datang setiap tahun pun hanya anak-anak sepupu dan 2,3 orang budak-budak. Budak-budak dah tak ramai kat kampung kami, dan jenis baik-baik sikit. Bila datang beraya, wajib masuk dalam rumah, makan, bila nak balik pon diorang akan bagitau hint nak duit raya tu..hehe dan bersalaman. Bila budak-budak dah tak ramai, jumlah duit raya pun lebih la sikit kan. Tapi budak-budak la ni banyak demand, bagi duit RM1 ada yang menjuih bibir..tak puas hati, adei! Kalau saya dulu dapat 5 kupang tu dah kira banyak dah, sekali dapat 5 kupang, tiap-tiap kali raya memang akan aim rumah tu je lah nak p beraya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda disini. Terima kasih, sila mai lagi!