Monday, August 19, 2013

Bukit Bendera, Pulau Pinang

Antara tempat yang menarik di Pulau Pinang adalah Bukit Bendera, tak sah kalau p Penang tak naik Bukit Bendera. Saya pun inilah kali pertama menjejakkan kaki di Bukit Bendera. Best jugak..che ah kalo p jalan-jalan p mana yang tak best, semua best! Bukit Bendera ni kalau p time cuti sekolah atau public holiday ramai betul orang, parking pulak susah.

Kalau drive, ada 2 alternatif untuk ke pulau, pertama melalui jambatan dan kedua menaiki feri, sekali ngan kereta naik feri tau bukan orang je. Harga tiket dalam lingkungan RM6 atau RM8 (lupa dahuntuk sebuah kereta. Kami p ikut jalan laut, naik feri. Jom layan gambaq kami ambik ni.


StarCruise Libra..dok beranganlah lepas ni boleh p bercuti naik starcruise plak

Penang Port, kalaulah husband boleh pindah mai keja sini..


Kita dah nak sampai

Nak naik Bukit Bendera kena beli tiket RM8.00 untuk dewasa dan RM4.00 untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah. Itu harga untuk warganegara Malaysia yang ada MyKad. Kalau tanpa MyKad, harga lain..tentulah lebih mahal. Kalau kita p dengan keluarga boleh ambik pakej, harga pakej adalah lebih rendah, RM 18 untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak..murah gak la kan.





Bukit Bendera atau dahulunya dikenali sebagai 'Penang Hill' mempunyai ketinggian 
lebih kurang 830 meter dari paras laut. Bukit Bendera ini telah dibangunkan oleh Francis 
Light dengan menggunakan buruh-buruh dari India dan orang-orang tempatan.







Balai Polis Bukit Bendera


Me & my sis in law yang still single.
Seronok dapat p berjalan-jalan tengok tempat orang, di samping dapat senangkan hati, dapat  juga pengalaman baru, buka minda dan pemikiran...ok, next nak p mana pulak?

2 comments:

  1. salam zakirah.. amboi.. org pi beraya rumah sedara hang pi beraya naik bukit ye.. hahaha pun boleh..

    cantikknya pemandangan dari atas buit tu kan.. sejuk mata memandang.. cikda setuju la zakirah..kalau berchoti tu memang best je.. tak kira la kat mana pun... tapi satu tempat je tak bert.. bercuti kat opis... kah3x..

    selamat hari raya, maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cikda, kalo bercuti kaki yg lenguh pon jadi kuat..hahaha

      Delete

Tinggalkan komen anda disini. Terima kasih, sila mai lagi!