Thursday, August 15, 2013

Taiping Again- Burmese Pool

Jika anda berkunjung ke Taiping, jangan lupa singgah di Taman Tasik Taiping yang indah itu, kalau singgah di Taman Tasik Taiping jangan lupa ke Burmese Pool..hehe. Hari tu on the way balik kampung, kitaorang singgah lagi di Taman Tasik Taiping dan berhenti lunch kat Mom's Prison Corner. Sedap juga makanan kat situ, masakan Melayu, ada ikan bakar, gulai daging, patin tempoyak, sambal belacan,budu, laksa dan sebagainya..kena dengan lidah utara cheq ni, harga pulak berpatutan. Tengah-tengah dok makan tu, mata tertangkap ada air terjun, sebelum-sebelum ni tak perasan pulak ada air terjun kat bukit seberang jalan tu. Makanya mulut ni ringan ja tanya abang pekerja atau tauke saya tak pasti kat kedai tu. Dia kata "tu Burmese, nak p situ kena p kot Bukit Maxwell". Saya tanya ada signboard x? hehe..excited nak p, mesti tanya biaq terang. Katanya ada, maka bermulalah destinasi kami ke Burmese Pool itu, senang saja nak cari, letaknya di kaki Bukit Larut, kena bayaq RM1.00 untuk parking kereta dan hati-hati ada banyak monyet.
Aik! takde pon air terjun tempat kami p tu, biar betul! Mungkin air terjun tu kat atas lagi kot..sebab malas nak p jauh2 kami mandi dekat-dekat situ sajalah..che abg sorang je yang mandi, saya main-main air je..airnya jernih & sejuk.



Laluan yang agak mencabar

Siapa yang susun, tak tau lah..






Airnya yang sejuk dan suasana yang nyaman cukup menyegarkan kami yang kepanasan. Haa..bagi anda yang merancang untuk mandi, bilik persalinan dan tandas hanya terdapat di kawasan parkir kereta, kalau terlupa atau bajet nak salin dekat tempat mandi..makanya salin disebalik semak samun aje lah tapi jaga-jaga mungkin ada mata yang memerhati. Baik beringat sebelum kena. Lebih kurang 30minit di Burmese Pool, kami meneruskan perjalanan ke negeri Kedah, Jelapang Padi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda disini. Terima kasih, sila mai lagi!