Pekan lampu lip lap you..haha..bukan apa, sebab kat situ lah tempat paling bercahaya berwarna-warni setiap malam di Selangor ni. Setelah sekian lama tak p, malam kelmarin bawak sepupu p I-City sebelum dia balik kampung dengan menaiki bas pukul 12 tengah malam. Alhamdulillah..sempat juga bawak dia p situ sebab memang dah lama berhajat. Malam sebelumnya cadang nak p tapi masing-masing penat lepas seharian menjelajah Jln. TAR dan Masjid India.
Ini merupakah kali ke 3 saya p I-City dan pertama untuk tahun ini. Kali pertama saya menjejakkan kaki ke I-City adalah pada mula-mula dibuka dahulu. Waktu tu, bayaran masuk/parking hanyalah RM1.00 sahaja. Kali kedua pada Disember 2012, bawak adik ipaq dan anak buah hubby, bayaran parking waktu tu dah RM10.00 walaupun belum ada Snow Walk dan Water Park. Kali ke tiganya adalah malam kelmarin sebab bawak sepupu, rasanya kalo harap kami suami isteri ja, memang tak p lagi kot I-City..bukan best pon!
Ok lupakan, alang-alang dah p semalam, ambik gambar kat pokok-pokok buatan yang berwarna-warni itu, kami masuk Trick Art Museum. Bayaran yang dikenakan adalah RM10 seorang, tapi perlu beli kad, kad lebih kurang macam Kad Touch & Go (gambar dibawah). Harga kad RM3.00 boleh guna selama tempoh 2 tahun, cuma perlu reload @ tambah nilai sahaja.
Tak masuk pun Red Carpet @ Wax Museum itu, tak berbaloi kot bayaq mahal-mahal hanya untuk ambik gambaq dengan replika patung-patung lilin manusia seperti Mr. Bean, Barrack Obama tu. Kalau sapa yang tak tau, tiket masuk Wax Museum tu adalah RM100 untuk warga asing dan yang takde Mykad, kalau warga Malaysia yang ada Mykad RM80..mahal kot RM80 tu kan, boleh 2 pinggan besar Nasi Mandy Lamb kot! Jom..layan gambaq yang kami ambik guna kamera cap ayam kami..
I-City ni sesuai untuk photographer dan yang suka ambik gambaq. Kalau ada DSLR baru kelia..kalo kamera cap ayam macam kami, mampu macam gambaq yang dok ada ni ja la..
Konon melukis potret Monalisa..padahal tangan keras kong..

My cousin forever.. |
Memang sangat indah....
ReplyDelete