Thursday, October 17, 2013

Lagi Keracunan Sebab Ayam

Semalam dalam akhbar Sinar Harian, ada lagi berita mengenai keracunan makanan disebabkan memakan daging ayam. Kes berlaku di Pusat Latihan Polis Air Hitam, Jempol, Negeri Sembilan. Para pelatih polis bantuan dikatakan menikmati hidangan rendang ayam, kuah kacang dan lontong, pagi kelmarin (hari raya) sebelum memulakan kerja-kerja melapah lembu korban. Rendang Ayam yang dimakan dipercayai sudah berbau, namun mereka terpaksa makan apa yang ada kerana lapar dan hendak mengalas perut sebelum melakukan kerja-kerja melapah lembu. Ekoran daripada itu, 168 pelatih polis bantuan mengalami keracunan makanan, cirit-birit dan muntah-muntah, 18 daripadanya terpaksa dikejar ke Hospital Jempol akibat keadaan semakin serius. Namun, 12 orang daripadanya dibenarkan pulang pagi semalam manakala 6 orang lagi masih dirawat di hospital berkenaan kerana keadaan mereka masih membimbangkan.
 
Sejak akhir-akhir ini banyak pula kes keracunan makanan disebabkan oleh daging ayam, daging ayam yang berbau dan tak elok. Namun pelik mengapa pihak berkenaan masih tidak mengambil ikhtibar dengan peristiwa yang berlaku di satu majlis kahwin di Kedah yang menghidangkan daging ayam yang tak elok sehingga menyebabkan para jemputannya mengalami keracunan makanan yang meragut nyawa. Diharapkan peristiwa ini memberi peringatan kepada kita semua, termasuk diri saya supaya lebih berwaspada dalam memilih bahan makanan terutama daging ayam.

p/s : Makan ayam kampung atau ayam hutan lebih baik dari makan ayam daging yang dicucuk sana sini.

1 comment:

  1. Saya dan istri dah lama tak makan ayam. Sayangnya anak2 sangat suka ayam, hari2 lauk ayam MESTI ADA! Apo nak buek....

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda disini. Terima kasih, sila mai lagi!