Friday, November 8, 2013

Sudah 2 Tahun Membina Cinta~Our Anniversary

Di tarikh ini, dua tahun yang lalu berlakunya penyatuan dua hati melalui ijab dan qabul...

 

Takdir yang menemukan kita tanpa kita rancang,
bahkan tidak pernah bermimpi mengenainya..
Perancangan Allah melebihi perancangan kita,
Dialah Yang Maha Mengetahui segalanya...
Dan  sesungguhnya...perancanganNya adalah yang terbaik untuk kita...

Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah atas rahmatMu..
Terima kasih Ya Allah atas kasih sayangMu...
Tetapkanlah rasa cinta dihati kami..
Sebagaimana Engkau jodohkan kami di dunia maka Engkau jodohkanlah kami semula di akhirat nanti tanpa terhakis sedikit pun kasih sayang di antara kami berdua...


Duhai cinta hati dinda..terima kasih untuk dua tahun yang sempurna
menempuh ranjau liku hidup bersama..
Semoga kita tetap akan bersama
Bersama Selamanya...

2 comments:

  1. Dua tahun masih baru, kira masih tempoh berbulan madulah... Saya dah lebih 20 tahun. Tapi selagi ada mentari, selagi itu cinta mewangi....

    ReplyDelete
  2. Ya...masih dalam tempoh berbulan madu..tahniah JR dan isteri dah lebih 20 tahun..semoga berkekalan sehingga ke hujung nyawa..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda disini. Terima kasih, sila mai lagi!