Semalam encik suami ajak dinner kat luar, tetiba ajak g makan Burger Bakar Abg Burn. Yelah si isteri pernah bersungut teringin nak makan burger bakar yang famous dan ada 19 cawangan tu. Semalam, tertunailah hasrat si isteri apabila si suami membawanya menikmati Burger Bakar Abg Burn di Jalan Plumbum, Seksyen 7, Shah Alam.
Supremo Cheese Beef |
Original Menu Burn Cheese Beef |
Saya memesan Burger Supremo Cheese Beef, manakala encik suami pesan original menu, Burn Cheese Beef, add on sausage with cheesy sauce dan cheezy wedges.
cheezy wedges, di KFC juga yang terbaik |
My first impression, not love at the first sight...oh ini rupanya supremo abg burn, bun bijan, cendawan goreng tepung (tak rangup) mayonis, cheese, kepingan daging tebal dan juicy, onion ring, sos cili dan sangat sedikit sayur/salad (saya lebih suka kalau banyak sayur).
Pertama kali menjamahnya, saya tengok encik suami dan senyum..rasanya tidak seperti yang dibayangkan ketika menatap gambarnya. Mungkin belum dapat menarik saya untuk kembali ke sana dalam masa terdekat.
Sukar untuk menjelaskan tahap kesedapan dan ketidaksedapan rasa kerana ianya bergantung kepada selera rasa setiap individu. Apa yang saya ulas adalah berdasarkan deria rasa saya. Anda? boleh cuba sendiri.
Resit untuk rujukan harga |
Tokeh nya pun nama burn, mesti bakaran burgernya sangat ngam....
ReplyDeletehai awk..jom join GA nk?
ReplyDeletehttp://mii-and-himm.blogspot.com/2014/01/birthday-giveaway-by-cik-ayue.html
InsyaAllah..terima kasih menjemput..
Deletemacam sedap...
ReplyDelete