Angka bertukar lagi, 3 bertukar ke 4..Welcome 2014!
Alhamdulillah, syukur pada Allah untuk tahun 2013 yang indah, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki. Banyak kenangan tercipta sepanjang 2013, tapi banyak yang aku dah lupa. Namun yang paling terkesan dihati aku adalah aku pernah mengandung pada tahun 2013, Februari 2013 bulan kelahiran aku dan bulan itu juga aku disahkan hamil. Walaupun, hanya seketika, pada awal Mac doktor khabarkan bahawa kandungan aku adalah kandungan luar rahim, aku pasrah dan redha, aku yakin bahawa Allah Maha Mengetahui segalanya. Tidak Dia uji hambaNya melainkan ingin memberikan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya.
Semoga tahun ini, tahun 2014, semakin murah rezeki aku sekeluarga. Semoga aku dikurniakan zuriat keturunan. "Aku nak hamil dan ada zuriat pada tahun 2014 dengan izin Allah Taala". Positif thinking.
Perasan tak bila tengok kalendar 2014, tarikh-tarikh dibawah :-
4/4/2014
6/6/2014
8/8/2014
10/10/2014
12/12/2014
Okey pakat p belek kalendar sekarang, angka genap, bulan genap dan semua tarikh di atas jatuh pada hari Jumaat..Subhanallah (Maha Suci Allah).
Baru perasan tentang fakta tu....maha besar dan maha suci Allah pencipta manusia dan alam semesta dengan segala keajaibannya....
ReplyDelete