Sunday, March 23, 2014

Jangan Berhenti Berdoa



Assalamualaikum...


Hari ini sudah masuk hari ke-16 kehilangan MH370 Malaysia Airlines. Perkembangan terkini, pihak berkuasa China dan Australia dikatakan mengesan objek terapung di Lautan Hindi melalui satelit. Pihak yang terlibat telah dikerahkan ke tempat kejadian untuk mencari objek tersebut. Namun sehingga saat ini belum ada apa-apa yang ditemui. Sama-samalah kita doakan semoga petunjuk positif ditemui. Berat rasa hati, hari demi hari menantikan khabar gembira daripada MH370. Seluruh rakyat Malaysia menanti-nantikan kepulangan MH370, diiringi doa dan harapan semoga semua penumpang dan crew berada dalam keadaan selamat. Diharapkan ahli keluarga mereka teruskan bersabar dan berdoa..kami rakyat Malaysia akan terus memberikan sokongan dan doa...



                                                                                                                   


1 comment:

  1. Dengan beberapa penemuan terbaru oleh satelit Australia, China dan Perancis, nampaknya kita perlu mempersiapkan diri untuk menerima apa jua jua berita sama ada baik atau buruk. Apa yang penting semoga semua penumpang dan kru dapat ditemui semula dalam apa pun keadaannya....

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda disini. Terima kasih, sila mai lagi!