Karya terbaru Ramlee Awang Murshid, novel ke 23 tulisan beliau. "SUNAN Nanggroe Sang Kembara" merupakan prolog kisah Laksamana Sunan. Bagi pengikut setia kisah sunan pasti tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki novel ini..termasuklah saya. Seperti karya-karya sebelumnya, karya ke 7 kesinambungan kisah Laksamana Sunan ini menceritakan bagaimana Saifudin yang berasal dari Punggor, Tanah Melayu membawa diri dari kampung halamannya disebabkan fitnah. Beliau berhasrat menuju ke Melaka, namun dalam perjalanan beliau dirompak oleh Lanun Darat yang kemudian menjualnya sebagai hamba kepada seorang juragan kapal. Maka bermulalah episod-episod sehingga Saifudin diserahkan kepada Wali Sufi di Aceh dan dididik dengan ajaran Islam dan ilmu kependekaran.
Antara koleksi karya tulisan Ramlee Awang Murshid |
Penulisan RAM yang sarat dengan pengajaran & pembelajaran, bukan novel cinta yang mengkhayalkan. Tak sabar tunggu sambungan prolog SUNAN.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda disini. Terima kasih, sila mai lagi!