Saturday, May 31, 2014

Khasiat Tongkol, Kayu

Info yang dikongsi oleh seorang rakan di fb, fakta yang menarik..

Kalau kat tempat saya, Pendang, ikan Tongkol dikenali sebagai ikan Mamu/Mambu, di Pantai Timur dikenali sebagai Ikan Aya. Ikan Tongkol sangat sedap dibuat gulai/kari, sambal atau singgang. Saya sangat suka Singgang Ikan Tongkol dicampurkan dengan bendi, lengkuas, halia & kunyit muda yang dihiris nipis.

Petua daripada seorang rakan dari pantai timur, untuk rasa yang lebih enak masukkan sedikit budu. Saya pernah cuba masukkan budu dan rasanya pergh! betul-betul holiau. Start dari tu, asalkan masak singgang ikan tongkol, sesudu budu tidak lupakan. Garam & asam masih perlu dimasukkan secukup rasa.

Eh..lapaq la pulak, nak p makan singgang ikan mamu, pucuk ubi cicah budu...sayonara, Happy Weekend!

Wednesday, May 28, 2014

JJCM~Pulau Ketam Ikan Bakar, Klang

Assalamualaikum..
Malam Isnin lepas husband ajak p makan nasi kandar, first plan nak p nasi kandar Pelita, Bukit Tinggi, Klang. Sampai je, ramai sangat orang menonton Piala Thomas dengan gegak gempitanya kat situ. Takmau lah ramai sangat + bising gak. End up, husband tanya nak makan kat situ ka, Pulau Ketam Ikan Bakar, depan Restoran Nasi Kandar Pelita. Ok.
 Jom kita tengok menu apa yang ada dan menu apa yang kami order untuk dinner.
Kami order Pulau Ketam Tom Yam, Kailan Goreng Ikan Masin & Telur Dadar, makan berdua saja kan..
Pulau Ketam Tom Yam, (Isi Ayam, Ketam, Udang, Sotong, Kepah, Cendawan, Cili Padi, Tomato) harganya RM28.00, mangkuk besar punya! Disebabkan tomyam ni menu utama, so saya nak review sikit, mengikut deria rasa sayalah! Ini bukan tomyam yang tersedap pernah saya makan. Rasanya biasa-biasa saja, tak kick rasa tomyamnya, not recommended.

Mungkin kalau pergi lagi next time kena try Ikan Bakar dia kot.. 

 

Friday, May 23, 2014

Optimus Prime & Bumblebee mai Mid Valley

Sekuriti baharu Mid Valley Megamall, sure para pencopek semua ketaq lutut nih..hehehe.



Sebenarnya robot-robot ini dibawa oleh pihak Hong Leong Bank bagi mempromosikan produk mereka, Transformers Debit Card.

Wednesday, May 21, 2014

Lunch at The Saddles Coffee House

Lunch hari ni special sikit..sikit aje, kira special jugak la sebab lain dari menu hari-hari biasa. Me and my clique p lunch kat The Saddles Coffee House. Amboi makcik nih! Tahun lepas aku pernah buat entri, kurang puas hati dengan taste menu buffet buka puasa kat The Saddles Coffee House ni tapi nak habaq hang, makanan lunch kami hari ni marvelous giloss punya sedap.
 
Menu apa kami makan? 
 
Nindia! Assam Pedas Kepala Ikan atau 'Assam Fish Head with Eggplant, Tomato & Lady's Finger', besar punya dan rasanya pergh!! harus try tau. Aku tak pasti kepala ikan apa, tapi isi lembut dan fresh.
Bukan makan Assam Pedas Kepala Ikan je, ada sayur taugeh goreng ikan masin atau 'Stir Fried Bean Sprouts with Salted Fish'. Takde dalam gambar, Ayam Percik Kelantan atau 'Ayam Percik Kelantanese' sedap & recommended.

Oh ya, kupon berbuka puasa secara buffet di The Saddle Coffee House dah mula dijual ye. 
 
                                                   http://www.berjayaclubs.com/kiara/Portals/0/upload/WEBSITE-ADDS.jpg

Wednesday, May 14, 2014

Monday, May 12, 2014

Shopping di Vendeur Festival


Semalam p ke Vendeur Festival yang bertempat di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam. Mesti ada yang pelik kan apa itu Vendeur, jangan tanya aku sebab aku pun tak tau..haha. Tapi Vendeur Festival ni merupakan aktiviti jualan yang melibatkan para peniaga online, bumiputra seperti Radiussite, Tudung People, Jelita Sara, Aidijuma, Bokitta Hijab, Kaylena Beauty dan macam-macam lagi. 

Festival berlangsung selama 2 hari, Sabtu & Ahad. Aku dapat tau pun dari instagram Leuniey.

Ramai betul manusia, sesak. Kalau p hari Sabtu lagi sesak kot sebab Neelofa p jugak promote bisness tudung, selendang dan contact lens dia. Bagi depa yang suka pakai selendang, ni memang tempat depa la..murah-murah jugak. Bagi aku yang tak reti pakai selendang ni cari tudung bawal saja la.
Ustaz Don & Pn Husna pon p shopping sana, depa sangat sempoi dan sporting. Suami aku ja ambik gambaq ngan ustaz, aku x pon..segan.
Jadi aku bergambar dengan wife Khairul Fahmi..comey sengoti Mek Leuniey nih..

Ok..sayonara


Monday, May 5, 2014

Shopping di Sempadan Malaysia-Thailand

Sawadee kha..

Finally, tertunailah hasrat di hati! dapat jugak aku p shopping kat Wang Kelian. Mak ngan kakak2 aku pon ikut sama, konvoi 2 biji kereta dengan sepupu & mak menakan aku. Kami bertolak dari Pendang dalam pukul 11am. Ye aku tau waktu afdal p sana adalah waktu awal pagi untuk berebut tempat parking tapi disebabkan masalah teknikal, pukul sebelas baru kami gerak, sampai Wang Kelian pukul 1.15pm, takde lah jauh sangat parkingnya.

Jalan p Wang Kelian tak perlulah aku bercerita kerana aku tahu sudah ramai yang sedia maklum mengenai jalan bagai ular dipalu dan mendaki itu. Aku sendiri takkan sanggup untuk memandu disitu, untung ada kapten yang berani dan cekap.

Cuaca panas, pukul 1pm, matahari menegak atas kepala, namun semua itu tak terasa kerana masing-masing sibuk nak shopping.

Harga barang kat sana boleh dikatakan murah berbanding di Pekan Pendang, tak perlu bandingkan dengan harga di KL atau di Klang pasti jauh ketinggalan. Mungkin disebabkan harganya yang murah, penjual-penjual disana sangat susah untuk kurangkan harga. Penat tawar menawar, cakap Melayu ka, English ka even Mak aku cakap Siam pon sama ja harga. Kalau dapat pun dikurangkan dalam 50 sen saja.

Aku shopping apa disana? 
  • 3 biji toto Narita RM110.
  • Bekas tahan panas, (letak nasi macam kat kedai makan tu) saiz besar RM27 satu, aku beli 2. Saiz sederhana RM20, kawan suami aku kirim 2. Saiz paling kecil 2 biji RM5, aku beli bawak balik sini.
  • Senduk gulai saiz besar 3 batang RM10.
  • Periuk cap boya 6 beradik RM70.
  • Khemah askar, muat 4 orang, RM40.
  • Bakul anyaman plastik besar RM12.
  • Sabun Susu Kambing 10 ketul RM10
Kekacang, pistachio, biji gajus dan seangkatan, wajib beli, murah gak. Lagi satu wajib beli beras pulut susu RM3.50 sekilo. Tak lama dah nak raya, harus beli untuk buat ketupat. Beras siam RM2.00 sekilo, berasnya cantik, panjang, tak patah..tapaw juga 10 kilo.

Semua urus niaga dalam Ringgit Malaysia, tak payah susah-susah cari money changer, tapi kalau ada mata wang Thailand pon depa terima.

Aku cuba juga pulut kukus ayam goreng depa tu, ramai dok kata sedap. Boleh tahan juga la rasanya. Memang aku dah kebulur time tu, pukul 4.

Untuk solat jangan risau ada surau baru dibina di kawasan shopping tu, ada surau di Imigresen Malaysia. Masjid Nurul Husna pun tak jauh tapi bukan walking distance la.


Mee Udang Pulau Sayak

Makan Mee Udang di tengahari, di bawah pokok, di tepi pantai bersama kekasih hati..tersangatlah syahdunya. Panorama cantik, angin sepoi, aircond semulajadi. Lokasinya, Usop Mee Udang, Pulau Sayak, Kota Kuala Muda, Kedah.

 Mee Udang Special (kuantiti udang lebih)
Angin laut yang sepoi-sepoi, makan di bawah teduhan pohon ketapang, memang best..jarang-jarang dapat suasana macam tu, kalo di KL jangan harap nak dapat.



Overall makan kat Usop Mee Udang, saya bagi 3/5. Rasa makanan biasa-biasa saja, kuah ceroi sikit tapi lokasi best..tepi pantai, yang akan menarik saya untuk berkunjung lagi. 2 pinggan mee udang special, 2 gelas oren sunquick, harganya RM24.00