Info yang dikongsi oleh seorang rakan di fb, fakta yang menarik..
Kalau kat tempat saya, Pendang, ikan Tongkol dikenali sebagai ikan Mamu/Mambu, di Pantai Timur dikenali sebagai Ikan Aya. Ikan Tongkol sangat sedap dibuat gulai/kari, sambal atau singgang. Saya sangat suka Singgang Ikan Tongkol dicampurkan dengan bendi, lengkuas, halia & kunyit muda yang dihiris nipis.
Petua daripada seorang rakan dari pantai timur, untuk rasa yang lebih enak masukkan sedikit budu. Saya pernah cuba masukkan budu dan rasanya pergh! betul-betul holiau. Start dari tu, asalkan masak singgang ikan tongkol, sesudu budu tidak lupakan. Garam & asam masih perlu dimasukkan secukup rasa.
Eh..lapaq la pulak, nak p makan singgang ikan mamu, pucuk ubi cicah budu...sayonara, Happy Weekend!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda disini. Terima kasih, sila mai lagi!