Beberapa minggu yang lalu, entri basi dah ni teringin nak makan satey, so hubby bawakkan ke Satey Kajang Haji Samuri. Kebetulan diorang baru je buat pembukaan bagi cawangan Klang. Letaknya berhadapan AEON Bukit Tinggi. Seingat aku itu kali kedua aku makan Satey Kajang Haji Samuri, pertama kali makan di R&R Restoran Jejantas Sg Buloh. Tapi kali pertama aku makan satey ikan, Ikan Talapia. Hubby order 5 cucuk satey ikan, dia tak makan ikan air tawar tapi dia order juga untuk bini dia walaupun tak diminta. Rasa satey ikan talapia tu so-so saja.
Abaikanlah lidi satey yang lintang pukang tu. Satey daging, satey ayam dan secucuk satey ikan, lagi 4 cucuk satey ikan belum sampai lagi time ni. Satey ayam tu jangan engko ingat isi ayam semua, ada jugak kulit ayam...hmm.
Kuah kacang dengan sambal cili dan nasi impit juga timun...ehh..takde bawang.
Secucuk satey harganya RM0.80 x 25, nasi impit satu RM3.00, Air Oren RM2.50, Laici RM2.50 + 6% gov. tax yang bakal bertukar kepada GST tak lama lagi. Maka jumlah keseluruhan RM29.70.
Notes : Teringat satey Che In..resepi dah dapat, tempat bakar dah ada tapi belum berasap lagi. Balik kampung sambut puasa ni boleh minta Che In buat satey tulang..adik bongsu aku rajin memasak & mereka resepi baru tak padan dengan jantan, kalah kakaknya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda disini. Terima kasih, sila mai lagi!