Saturday, August 30, 2014

Dinner without Candle Light at Adam Lai Restaurant

Tajuk propa..hihi..Beberapa hari yang lalu, husband belanja makan di restoran Cina-Muslim, Adam Lai di Seksyen 15, Shah Alam. Makan malam tanpa cahaya lilin tapi cahaya lampu kalimantang..terang benderangkan.

Kisahnya, encik husband pernah pi berbuka puasa dengan kawan tempat kerjanya dulu, so now bawa wife dia pula. Katanya mana tempat makan yang best dia pernah makan dengan kengkawan dia, nanti dia akan bawa wife dia pi makan pulak...sweet kan :)

Menu apa di sana? macam-macam ada, fresh dan sedap.
Ni lah makanan pilihan kami malam tu, over kan..macam mana badan tak tembun. Ni small portion je tau.
Kailan Ikan Masin & Ayam Kung Po
Main course: Kah Heong Crab
Ketam masak Kah Heong @ kicap pedas ni enak rasanya, terasa perapan sampai ke isi. Isi ketam pulak penuh dan segar. Recommended!

Tahu apa nama menu dalam gambar ni? Rasanya sedap macam makan kat hotel masa Majlis Gemilang Sepuluh ketika bergelar student dulu. Shark Fin Soup ****

Dari segi harga, sederhana..berpatutan dengan kualiti makanan, apa salahnya bayar lebih sikit untuk sesuatu yang sedap. Boleh google website diorang untuk senarai menu dan harga.


Di sini aku sertakan alamat untuk cawangan Shah Alam, kot korang nak p try sendiri kelazatan Ketam Kah Heong.

Restoran Adam Lai
No.69-G, Jalan Pahat H 15/H,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03-5524 2378 

Alhamdulillah...

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara ke 57.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Friday, August 22, 2014

Hari Berkabung Malaysia MH17

Hari ini adalah Hari Berkabung Malaysia untuk penumpang & crew MH17. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang beragama Islam, semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang Allah kasihi. Al-Fatihah.
Takziah untuk rakan sepejabat saya yang mana sepupu beliau terlibat dalam nahas MH17 dan  semua ahli keluarga dan rakan mangsa pesawat MH17.
#justiceforMH17

Tuesday, August 19, 2014

Buka Puasa di bulan Syawal


Buka puasa di bulan Syawal, qada puasa Ramadhan yang tidak sempurna harinya. Biasa la bila puasa, nafsu nak makan macam-macam mula mai. Semalam teringin nak makan Chicken Chop, terus google lokasi western food yang sedap kat area Shah Alam. Alang-alang balik keja boleh singgah makan & tak jauh sangat nak balik rumah. Google punya google, ada sorang sahabat blogger buat entry dia makan di Foodilicious Kitchen, Anjung 7, Seksyen 7, Shah Alam. Ramai juga blogger yang buat entry mengenai makan western food di situ. JJCM TV3 pun pernah sampai ke restoran tu. Bila tengok blog review macam best je, pakat dok kata sedap, sedap, sedap, balik keja terus singgah buka puasa kat situ.

Lokasinya betul-betul belakang pagar Unisel, Kompleks Anjung 7, macam food courts la kat situ. Banyak lagi kedai makan lain, nasi arab, Yazid YB Burger pon ada kat situ.

Kita tengok menu apa ada kat Foodilicious Kitchen tu..
menu & harga, sila klik untuk tumbesaran..
menu & harga, klik untuk tumbesaran
Aku order Shitake Grilled Chicken (RM16.90) & BBQ Grilled Chicken (RM13.90) dan Shitake Mushroom Soup (RM5.90). Kekdahnya tak boleh makan terlalu banyak daging kambing, kepala ku rasa pusing tapi 2, 3 minggu ni time open house aku kerap balun kambing ja, makanya kena slow down sikit. Signature dish Foodilicious Kitchen ni adalah 7 spices lamb chop sebenarnya, kiranya killer menu depa la, lain kali kita cuba.

Sambil tunggu azan Maghrib, sempat lagi aku jadi mamarazzi..snap gambaq owner Foodilicious & 1 guy kat Din Western Food tu, pakat berebut cari customer, yelah kedai sebelah menyebelah...jangan gaduh eh uolls, rezeki masing-masing.

7.26pm azan Maghrib bagi Shah Alam dan kawasan sewaktu dengannya, makanan dah ada atas meja, apalagi lepas baca doa xdan nak snap gambaq dah aih.
picture Shitake Grilled Chicken:ambil dari google
picture BBQ Grilled Chicken : Foodilicious
Takde dalam gambar, shitake mushroom soup yang sedap tu..macam makan nasi moi yang sedap. Menu aku, shitake grilled chicken tu rasanya ok, lembut elok ayamnya tapi bila makan part hangit grilled tu, rasa pahit membunuh selera. Bbq grilled chicken ni, hubby punya, terasa perapannya, bila aku tanya hubby dia cakap perapan ayam Che In buat lagi sedap..haha apa-apalah. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah bagi.

Eh..dah panjang sangat entry ni..Okey! sapa-sapa teringin boleh la p cuba rasa sendiri..sedap tak sedap bergantung pada deria rasa masing-masing kan.

Sayonara

Thursday, August 14, 2014

Mood Raya Tak Semeriah di Kampung

Masih dalam mood raya...masih ada jamuan rumah terbuka sana sini.
Rumah terbuka company di Boulevard Hotel, malam semalam. Baju aku, korang tengok crowded tak? kain 7 dimensi katanya, colourful, kainnya lembut dan selesa.
Raya ke 3, pakai comel-comel ni nak p beraya rumah pak menakan aku di Baling. Sebelum gerak kita ambik gambar dulu. Aku dengan kakak aku, Zakiah, jangan kau cakap itu adik aku. Haha..depa selalu dok usik, kata aku ni kak, kakak aku tu adik..mentang-mentanglah aku lebih montel. Tapi takpe, aku tak kecik hati pon.

Baju purple tu aku beli kat Plaza PKNS, Shah Alam..lama dah, rasanya Raya Haji tahun lepas kot, tapi aku tak pernah pakai sebab takde occasion yang bersesuaian, segan pulak nak pakai g office, baju tu ada sulaman bunga & dijahit batu kristal kat bunganya. Makanya raya 3 tahun ni lah aku merasmikannya.
Aku suka gambaq ni, suka sangat, gambar aku peluk mak aku..detik paling diingati. Ada juga gambaq kenangan raya. Time ni kami baru turun kereta balik dari solat sunat Aidilfitri terus adik aku ajak ambik gambaq. Tahun ni tak sempat nak ambik gambaq kenangan satu keluarga, masing-masing sibuk. Petang raya aku dah gerak balik rumah mentua. In shaa Allah, raya haji pulak la.
Di bandar ni sebulan Syawal, sebulan orang gilir-gilir buat open house..tapi bagi aku mood raya tu tidaklah semeriah bila aku sambut raya di kampung halaman aku, dengan keluarga aku. Eh..korang pun sama kan? Raya akan lebih bermakna bila kita bersama orang-orang yang kita sayang.

Assalamualaikum..Selamat Hari Raya!

Friday, August 8, 2014

Sakit Yang Kau Rasa, Aku Yang Mengalirkan Airmata

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Salam Ramadan untuk sahabat alam maya. Hari ini sudah 24 Ramadhan, tanpa kita sedar Ramadhan kian meninggalkan kita.Sungguh cepat waktu berlalu, dunia akhir zaman, masa beredar tanpa kita sedar. Apakah kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang? Wallahuaklam..jika Allah izin kita akan bertemu lagi tapi jika Allah tak izin, ini lah Ramadhan kita yang terakhir...Dia lah yang Maha Mengetahui.

Sedang kita mengecapi nikmatnya Ramadhan, pesta ibadah dengan aman, saudara-saudara kita di Palestin sedang bersabung nyawa demi kelangsungan hidup. Sedang kita sibuk membuat persiapan raya, saudara kita disana sibuk menangkis bedilan zionis. Allahurabbi..semoga syahid milik mereka yang berkorban nyawa demi menegakkan agama Allah.

Ramadhan ini, kita juga dikejutkan dengan peristiwa pesawat MAS MH17 yang terhempas akibat ditembak oleh pihak yang tidak berperikemanusiaan. Masing-masing saling menuding sesama sendiri, si pelaku membaling batu, menyembunyikan tangan. Sedih, ketika kehilangan MH370 masih lagi menjadi tanda tanya, dikejutkan pula dengan MH17. Ya Allah..walaupun tidak mengenali mangsa tapi hati ini turut dirundung pilu..hiba dengan apa yang berlaku. Semoga keluarga mangsa terlibat diberikan kekuatan oleh Allah, tabah & redha hadapi segala ujian ini. Al-Fatihah untuk mangsa yang beragama Islam.

________________________________________________________________________________

End note : Entri ni aku tulis penghujung Ramadhan yang lalu, tersimpan dalam draf, hari ni baru sempat publish.

Doakan saudara-saudara Islam kita di GAZA.
Doakan perjalanan membawa balik jenazah penumpang & crew MH17 berjalan lancar & cepat.



Sunday, August 3, 2014

Salam Aidilfitri~Cinta Zakirah

Assalamualaikum..

Salam Aidilfitri buat semua sahabat blogger, pengunjung dan pembaca Cinta Zakirah. Mohon maaf di atas segala salah silap, penulisan yang andai kata mengguris hati, maaf zahir & batin, kosong-kosong ya.

Alhamdulillah, Aidilfitri kali ni Che Ah beraya di Kedah bersama suami dan keluarga. Syukur sangat sebab cuti suami diluluskan walaupun 1 Ogos dah kena start keja balik. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.