Thursday, August 14, 2014

Mood Raya Tak Semeriah di Kampung

Masih dalam mood raya...masih ada jamuan rumah terbuka sana sini.
Rumah terbuka company di Boulevard Hotel, malam semalam. Baju aku, korang tengok crowded tak? kain 7 dimensi katanya, colourful, kainnya lembut dan selesa.
Raya ke 3, pakai comel-comel ni nak p beraya rumah pak menakan aku di Baling. Sebelum gerak kita ambik gambar dulu. Aku dengan kakak aku, Zakiah, jangan kau cakap itu adik aku. Haha..depa selalu dok usik, kata aku ni kak, kakak aku tu adik..mentang-mentanglah aku lebih montel. Tapi takpe, aku tak kecik hati pon.

Baju purple tu aku beli kat Plaza PKNS, Shah Alam..lama dah, rasanya Raya Haji tahun lepas kot, tapi aku tak pernah pakai sebab takde occasion yang bersesuaian, segan pulak nak pakai g office, baju tu ada sulaman bunga & dijahit batu kristal kat bunganya. Makanya raya 3 tahun ni lah aku merasmikannya.
Aku suka gambaq ni, suka sangat, gambar aku peluk mak aku..detik paling diingati. Ada juga gambaq kenangan raya. Time ni kami baru turun kereta balik dari solat sunat Aidilfitri terus adik aku ajak ambik gambaq. Tahun ni tak sempat nak ambik gambaq kenangan satu keluarga, masing-masing sibuk. Petang raya aku dah gerak balik rumah mentua. In shaa Allah, raya haji pulak la.
Di bandar ni sebulan Syawal, sebulan orang gilir-gilir buat open house..tapi bagi aku mood raya tu tidaklah semeriah bila aku sambut raya di kampung halaman aku, dengan keluarga aku. Eh..korang pun sama kan? Raya akan lebih bermakna bila kita bersama orang-orang yang kita sayang.

Assalamualaikum..Selamat Hari Raya!

1 comment:

  1. mood raya kat kampung lg bestt....gelak ketawa kedengaran..haha

    ReplyDelete

Tinggalkan komen anda disini. Terima kasih, sila mai lagi!