Assalamualaikum..
Satu info buat awak & awak, juga awak yang suka shopping tu. Seronok pi Pasar Kemboja di Parit Buntar, sanggup memandu dari Pendang nak p Pasar Kemboja Parit Buntar walaupun memakan masa hampir 2 jam. Okey, berita baik! Pasar Kemboja baru dibuka di Pekan Pendang bermula hari Jumaat yang lalu.
So, orang-orang Kedah boleh borong sakan kat Pasar Kemboja Pendang. Hari pertama dibuka sambutan memang 'havoc' jalan sampai berlaga bahu lah.
Kenapa dibuka pada hari Jumaat tidak hari Sabtu atau Ahad? sebab hari Jumaat, hari cuti bagi negeri Kedah, Hari Sabtu ada pekan nat @ pasar siang di tapak pasar Kemboja tu. Ahad kan orang Kedah start kerja & sekolah.
Ok, layan gambar Pasar Kemboja Pendang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda disini. Terima kasih, sila mai lagi!