Friday, June 12, 2015

Desa Cattle Dairy Farm, New Zealand Malaysia

Daripada review blogger-blogger yang pernah berkunjung ke Sabah, rata-rata menceritakan pengalaman mereka ke Desa Cattle Dairy Farm yang terletak di Mesilau, Kundasang Sabah. Tertarik dengan cerita & gambar-gambar yang dipaparkan, aku turut memasukkan lokasi tersebut dalam itinerary percutian aku. Desa Cattle Dairy Farm letaknya tidak jauh dari hotel penginapan kami, jalan ke sana pula berbukit bukau dan cantik.

Caj RM4.00/person dikenakan bagi dewasa, tiket boleh didapati di pintu masuk ke Desa Cattle Dairy Farm. Menyusur jalan masuk ke kawasan letak kereta, dikiri kanan jalan, mata akan dijamu dengan kehijauan padang ragut & lembu-lembu bertompok hitam putih macam lembu dalam iklan Fernleaf. Agaknya kerana sebab itu kot Desa Cattle Dairy Farm ini digelar New Zealand, Malaysia.


Desa Cattle Dairy Farm ni terletak di kaki Gunung Kinabalu, walaupun kitaorang kat sana sampai pukul 12 tengahari tapi nyaman je rasa, sejuk. Kata pak cik yang kerja kat situ, kalau cuaca baik kamek boleh nampak jua orang sedang berjalan di puncak gunung tu. Aduh pak cik, belum rezeki bah, kerana hari tu berkabus saja, nak tengok puncak gunung pun ada masa 30 minit je di waktu pagi.


 Tempat harus bergambar di batu tanda Selamat Datang ni..bagi can tuan blog berfoto gedix!
Kiranya kalau cuaca elok, tidak berkabus maka nampaklah puncak Kinabalu di situ. Namun apakah daya, kabus itu terlalu cemburu..tapi takpe itu pun tetap cantik & nyaman sekali.
Lama juga kami di sini, berfoto dan menikmati Aiskrim & produk tenusu segar hasil ladang ini. Susu lembu segar sangat sedap.
Seusai menikmati produk tenusu, masa untuk beransur ke destinasi seterusnya. Kami suami isteri seronok selama berada di destinasi ini, Nyaman & tenang sekali, hamparan rumput hijau saujana mata memandang dan cuaca sejuk sungguh menenangkan. Allahuakbar, untuk Allah juga segala puji-pujian.

Selamat Tinggal Mesilau, InshaAllah kita akan bertemu lagi..


Note: Salam takziah untuk keluarga & sahabat mangsa-mangsa yang terjejas akibat gempa bumi di Sabah, Ranau & Kundasang, khasnya. Seluruh rakyat Malaysia turut berdukacita & mendoakan kesejahteraan kalian.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda disini. Terima kasih, sila mai lagi!