Thursday, January 30, 2014

Update Blog

Assalamualaikum...
 
Dah lama tak update blog, tidak berkesempatan disebabkan kesibukan..InsyaAllah akan kembali normal dengan mood holiday, esok bergerak pulang mengadap ayahanda & bonda nun di Utara. InsyaAllah. Untuk anda & saya yang memandu, walau ke mana saja destinasi yang dituju, berhati-hati di jalan raya, semoga kita selamat tiba. Awal pagi ni sedih baca paper, kemalangan yang melibatkan seorang remaja bermotosikal dari Serdang, Kedah menuju ke Proton City Tanjung Malim. Arwah diseret sepanjang 43 kilometer, dari persimpangan Simpang Pulai hingga ke Tapah. Ya Allah, ngeri untuk membayangkan batang tubuh diseret oleh lori di jalan tar sepanjang 43 kilometer, terputus dan hancur tubuh. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.Al-Fatihah untuk arwah Ahmad Mahmud, 25 tahun & takziah untuk keluarga mangsa.

1 comment :

JR said...

Moyang dan datuk nenek kita zaman dulu tak pernah membayangkan kes-kes kemalangan yang berlaku setiap hari seperti sekarang, kerana zaman itu mereka cuma menaiki basikal atau berjalan kaki. Di negara luar, ramai yang mati kerana sengketa peperangan, di Malaysia ramai yang mati atas jalan....

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com