Assalamualaikum, Salam Sejahtera..
Dalam entri sebelum ini saya ada bercerita mengenai kes sepupu yang p tukar MyKad dan dikenakan bayaran sebanyak RM100. Memandangkan tuan blog pun sudah lupa bila beliau menukar MyKad, terus tak senang duduk...dok ingat-ingat tukar Kad Pengenalan ke MyKad dulu dengan ayah..tak pasti tahun bila.
Kebetulan beberapa hari yang lalu ada free time, terus ajak husband p JPN untuk buat pertukaran MyKad. Kami p ke cawangan Plaza Masalam, Shah Alam. Tak ramai orang, tak sampai 5 minit nombor giliran dipanggil, sekejap je di kaunter dan ambik gambar, keesokannya sudah boleh diambil. Caj yang dikenakan hanyalah RM10 sahaja..lega, jimat duit den. Rupanya dulu buat MyKad umur dah 19 tahun dah..