Assalamualaikum..
Sengih je Che Ah hari ni..alhamdulillah happy pagi-pagi Jumaat ni. Semalam 10 April, kami suami isteri ambil satu langkah ke depan lagi, meninggalkan segala kedukaan dibelakang dan terus bergerak ke hadapan dengan lebih positif. Sudah lebih kurang 2 tahun setengah menunggu dan berTTC, 1 tahun selepas ectopic pregnancy, semalam kami berdaftar untuk menjalinkan hubungan dengan LPPKN. Salah satu usaha dan daya ikhtiar terbaru, semoga diperkenankanNya. Bagaimanapun, belum tiba masanya untuk mengulas lebih lanjut.
Malam tadi, selepas dinner (macam biasa 60% hari bekerja, makan kat luar..hehe, berdua je kan) encik hubby ajak p Giant, aku dah boleh agak dah. Beliau nak p beli gadjet baru, gantikan yang lama yang asyik full storage je tu, nak buat keja pun susah. Pilih punya pilih, under his budget kot, tetiba encik hubby cakap, kita beli dua la..satu untuk you. Apalagi Che Ah sengih sampai telingalah, terharu nanges guling-guling..hahaha over engko, padahal tak pon.
Alhamdulillah, rezeki malam Jumaat. Terima kasih abang, terima kasih daun keladi tau! hehehe.
Alhamdulillah, rezeki malam Jumaat. Terima kasih abang, terima kasih daun keladi tau! hehehe.
"Ya Allah, berikanlah suamiku kemudahan rezekinya,
Jika letaknya masih jauh maka dekatkanlah,
Jika masih ada dilangit maka segera turunkanlah untuknya,
Jika tertahan didasar bumi, hanya Engkaulah yang mampu mengeluarkannya.
Ya Allah,
Berkatilah rezeki yang diperolehi oleh suamiku
agar membawa kebaikan bagi kami sekeluarga
di dunia dan di akhirat"
Aamiin...