Assalamualaikum..
Malam Isnin lepas husband ajak p makan nasi kandar, first plan nak p nasi kandar Pelita, Bukit Tinggi, Klang. Sampai je, ramai sangat orang menonton Piala Thomas dengan gegak gempitanya kat situ. Takmau lah ramai sangat + bising gak. End up, husband tanya nak makan kat situ ka, Pulau Ketam Ikan Bakar, depan Restoran Nasi Kandar Pelita. Ok.
Jom kita tengok menu apa yang ada dan menu apa yang kami order untuk dinner.
Kami order Pulau Ketam Tom Yam, Kailan Goreng Ikan Masin & Telur Dadar, makan berdua saja kan..
Pulau Ketam Tom Yam, (Isi Ayam, Ketam, Udang, Sotong, Kepah, Cendawan, Cili Padi, Tomato) harganya RM28.00, mangkuk besar punya! Disebabkan tomyam ni menu utama, so saya nak review sikit, mengikut deria rasa sayalah! Ini bukan tomyam yang tersedap pernah saya makan. Rasanya biasa-biasa saja, tak kick rasa tomyamnya, not recommended.
Mungkin kalau pergi lagi next time kena try Ikan Bakar dia kot..