Tuesday, August 19, 2014

Buka Puasa di bulan Syawal


Buka puasa di bulan Syawal, qada puasa Ramadhan yang tidak sempurna harinya. Biasa la bila puasa, nafsu nak makan macam-macam mula mai. Semalam teringin nak makan Chicken Chop, terus google lokasi western food yang sedap kat area Shah Alam. Alang-alang balik keja boleh singgah makan & tak jauh sangat nak balik rumah. Google punya google, ada sorang sahabat blogger buat entry dia makan di Foodilicious Kitchen, Anjung 7, Seksyen 7, Shah Alam. Ramai juga blogger yang buat entry mengenai makan western food di situ. JJCM TV3 pun pernah sampai ke restoran tu. Bila tengok blog review macam best je, pakat dok kata sedap, sedap, sedap, balik keja terus singgah buka puasa kat situ.

Lokasinya betul-betul belakang pagar Unisel, Kompleks Anjung 7, macam food courts la kat situ. Banyak lagi kedai makan lain, nasi arab, Yazid YB Burger pon ada kat situ.

Kita tengok menu apa ada kat Foodilicious Kitchen tu..
menu & harga, sila klik untuk tumbesaran..
menu & harga, klik untuk tumbesaran
Aku order Shitake Grilled Chicken (RM16.90) & BBQ Grilled Chicken (RM13.90) dan Shitake Mushroom Soup (RM5.90). Kekdahnya tak boleh makan terlalu banyak daging kambing, kepala ku rasa pusing tapi 2, 3 minggu ni time open house aku kerap balun kambing ja, makanya kena slow down sikit. Signature dish Foodilicious Kitchen ni adalah 7 spices lamb chop sebenarnya, kiranya killer menu depa la, lain kali kita cuba.

Sambil tunggu azan Maghrib, sempat lagi aku jadi mamarazzi..snap gambaq owner Foodilicious & 1 guy kat Din Western Food tu, pakat berebut cari customer, yelah kedai sebelah menyebelah...jangan gaduh eh uolls, rezeki masing-masing.

7.26pm azan Maghrib bagi Shah Alam dan kawasan sewaktu dengannya, makanan dah ada atas meja, apalagi lepas baca doa xdan nak snap gambaq dah aih.
picture Shitake Grilled Chicken:ambil dari google
picture BBQ Grilled Chicken : Foodilicious
Takde dalam gambar, shitake mushroom soup yang sedap tu..macam makan nasi moi yang sedap. Menu aku, shitake grilled chicken tu rasanya ok, lembut elok ayamnya tapi bila makan part hangit grilled tu, rasa pahit membunuh selera. Bbq grilled chicken ni, hubby punya, terasa perapannya, bila aku tanya hubby dia cakap perapan ayam Che In buat lagi sedap..haha apa-apalah. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah bagi.

Eh..dah panjang sangat entry ni..Okey! sapa-sapa teringin boleh la p cuba rasa sendiri..sedap tak sedap bergantung pada deria rasa masing-masing kan.

Sayonara

No comments :

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com