Assalamualaikum..
Lama saya sungguh tak berblog & blog walking..Apa habaq semua, harap sihat la nah. Nak sambung cerita pi Sabah lagi. Sabar jelah! bulan Februari p Sabah, bulan September cerita tak habis lagi. Busy sikit sekarang, tak sempat nak jenguk blog kesayangan nih.
Semasa percutian ke Sabah hari tu kami berkesempatan untuk bersnokelling di Pulau Manukan & Pulau Mamutik. Kedua-dua pulau ini terletak dalam kawasan Taman Laut Tunku Abdul Rahman dan terdapat beberapa pilihan pulau lain antaranya Pulau Sapi, Pulau Gaya & Pulau Sulug. Ada pakej di sediakan di kaunter di Jesselton Point yang juga merupakan terminal feri ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Harga pakej adalah berbeza mengikut agensi, kena pandai-pandai survey & tawar-menawar lah ye. Harga yang kami dapat untuk island hoping ini ada saya masukkan dalam budget p Sabah dalam entri terdahulu. Boleh baca :- Budget Cuti di Sabah
Tiket 2 pulau : RM33 x 2
Mask & goggles : RM15 x 2
Terminal fees : RM7 x 2
Marine Park Fee : RM3 x 2 (bayar di pulau)
Dah dapat tiket, apa lagi jom kita p snokelling. Oh, untuk makluman jarak antara Pulau Manukan & Mamutik ni dekat je dalam 10 minit & kalau dari Jeti Jesselton Point pun anggaran dalam 20 ke 30 minit je kot.
Peraturan-peraturan yang harus dipatuhi ketika berada di Taman Laut Tunku Abdul Rahman.
Kat Pulau Manukan ni ada resort, Manukan Island Resort, sila google kalau nak tahu rate...nanges!
Penat snokelling, kami jalan-jalan sekitar pulau Manukan, rupanya kat belakang, area wash room pun tak kurang cantiknya. Turut disediakan bangku untuk kita beristirehat, angin pun kuat, kejap je baju dah kering. Kawasan belakang pulau tak sesuai untuk mandi rasanya, ombak kuat.
Tiket 2 pulau : RM33 x 2
Mask & goggles : RM15 x 2
Terminal fees : RM7 x 2
Marine Park Fee : RM3 x 2 (bayar di pulau)
Dah dapat tiket, apa lagi jom kita p snokelling. Oh, untuk makluman jarak antara Pulau Manukan & Mamutik ni dekat je dalam 10 minit & kalau dari Jeti Jesselton Point pun anggaran dalam 20 ke 30 minit je kot.
Destinasi pertama, Pulau Mamutik
Saya tak pandai nak guna goggles ni sebenarnya, dua tiga kali cuba, berenang tak sempat nampak ikan saya stop untuk bernafas..hehe. Seriously kat Pulau Mamutik ni saya tak nampak sekoq ikan pun masa snokelling. Haha..bukan sebab ikan takde tapi saya tak reti guna goggles. Nampak tak bangunan-bangunan kat hujung sana tu (gambar di atas) itulah bandar KK.
2 jam di Pulau Mamutik, kemudian kami bergerak pula ke Pulau Manukan. Sewaktu kami tiba di Pulau Manukan, kami disambut oleh sekumpulan gadis Korea yang sedang bergwiyomi. Hihi..percaya ke idok? Percayalah, ramai pelancong Korea tapi diorang tak buat gwiyomi pun.
Gambar ni saya ambil ketika berada di atas jeti..cantikkan Pulau Manukan ni, airnya pun jernih je, boleh nampak ikan dok berenang.Kat Pulau Manukan ni ada resort, Manukan Island Resort, sila google kalau nak tahu rate...nanges!
Penat snokelling, kami jalan-jalan sekitar pulau Manukan, rupanya kat belakang, area wash room pun tak kurang cantiknya. Turut disediakan bangku untuk kita beristirehat, angin pun kuat, kejap je baju dah kering. Kawasan belakang pulau tak sesuai untuk mandi rasanya, ombak kuat.
Jam menunjukkan hampir jam 2 petang, perut mula berkeroncong, kami menikmati makan tengahari di Pulau Manukan. Ada sebuah gerai yang menjual makanan, boleh lah untuk mengalas perut, Alhamdulillah. Harga pakej island hopping tidak termasuk makan & minum ye, kenalah pandai-pandai sendiri.
Usai kami makan tengahari, staff dari agensi island hopping mula memanggil untuk pulang ke tanah besar. Cantik je timing. It's time to say good bye to Manukan..nope, say see you again..SOON InshaAllah.