Monday, April 9, 2018

Makanan Halal Krabi-Pasar Malam Pekan Krabi

Sawadikha..

Hampa kalau p Krabi tak payah risau la pasai makanan halal. Krabi ni terletak di Selatan Thai, seperti yang kita tahu kebanyakan penduduk Selatan Thai beragama Islam. Senang jumpa makanan halal di Krabi, masjid pun ada, tapi kalau p Krabi hari minggu, rugi jugak kalau tak p Pasar Malam Krabi bukan apa untuk pengalaman saja.

Saya berkesempatan p ke pasar malam di Pekan Krabi. Ok kat area Aonang pun ada pasar malam, ala2 kampung lama gitu..pondok jualan dibuat dari buluh dan atap nipah, saya tengok dari tepi jalan saja semasa dalam perjalanan balik dari pasar malam di Pekan Krabi.
Luksau (anak perempuan) buat persembahan demi mencari sesuap nasi,Thai Traditional Dance
Halal Padthai with ayam goreng, kakak yg jual tu pun pakai hijab & boleh cakap Melayu. Sedapnya ya Allah..rugi beli satu, nak g beli pulak Q dah panjang. Balik Malaysia cari Padthai kat kedai Siam tak jumpa lagi yang sedap macam tu. Boleh repeat lagi Krabi sebab nak makan Padthai.
Udang bakar 6 ekor 100bath, rasa biasa saja, udang tawar cicah homemade cili.
Benda ni makanan tapi tak pasti rasa atau jenis makanan yang macam mana tapi kiutnya. Minta izin nyonya yang jual tu nak ambil gambar dan cakap kat dia suay maq terus jalan.
Macam-macam ada di pasar malam depa, baju, kasut, makanan, cenderamata, urut, semua ada. Tempat makan banyak meja yg sentiasa penuh, ada pentas lagi. Saya tengok kraftangan depa saya rasa macam nak angkut semua. Lawa sangat, suay maq maq. Sabun bentuk bunga-bunga, 3D card, bunga hiasan daripada botol plastik, memang depa ni kreatif dan penyabar betul buat benda ni semua. Saya tabik spring..toink! toink!

Trip Bajet Krabi : Merempit ke Emerald Pool yang Cantik!

Assalamualaikum

Nak habiskan part percutian ke Krabi yang sudah lama tergantung. Maaf pada semua yang tercari-cari sambungan entri tentang Krabi.

Emerald Pool, kalau p Krabi dengan agen atau ambil pakej, trip ke Emerald Pool & Blue Pool termasuk dalam pakej Jungle. Saya & suami yg ala backpackers tak ambil pakej. Makanya, kita main terjah saja tapi terjah bukan membuta tuli ya..guna google maps, merempit dengan skuter yang disewa selama 3 hari di Krabi. Kemana saja kami nak p memang skuter fino tu la yang angkut kami. Perjalanan dari hotel Aonang Goodwill ke Emerald Pool mengambil masa selama 2 jam menaiki motosikal. Jauh eh..kebas bontot jugak nak sampai.

2 jam berkasih sayang atas motor, suami bawa motor, saya dibelakang jadi conductor tgk maps, bagitau ke kiri ke kanan, sambil mata meliar tengok signboard. Alhamdulillah..google maps memang bawa kami sampai ke Emerald Pool. Selepas parking motor dan bayar entrance fees 200 bath seorang, kami perlu menapak lebih kurang 1km untuk sampai ke Emerald Pool. Kiri kanan laluan hanya hutan sahaja, tapi sebab ramai visitor lalu pegi dan balik dan petugas beronda dengan motor taklah rasa takut sangat.

Jalan punya jalan akhirnya TADAA!! 
Emerald Pool, kolam air tawar yang jernih dan licin. Ye..hati-hati, tebing kolam, batu tepian tu licin, silap hari boleh tergolek kat situ.
Dah alang-alang ke Emerald Pool, kalau tak lajak ke Blue Pool, anda tersangatlah rugi mata memandang :P Serius wajib pergi ke Blue Pool. Kolam tu memang tak boleh kita nak terjun mandi manda, dilarang tapi tak dilarang kalau kita nak berfotogedix. Perjalanan dari Emerald Pool ke Blue Pool dalam 500 meter agak la. Jangan risau sebab ada laluan yg cantik disediakan.
Blue Pool, jernih airnya kebiru-biruan lagi-lagi waktu matahari memancar boleh nampak hingga ke dasar. Dasarnya akan nampak pasir bergerak macam air mata air, kat sini kita disarankan untuk tepuk tangan. Untuk apa tepuk tangan? Anda akan tahu bila anda sampai nanti.

Tuesday, March 7, 2017

Krabi..Aku Datang

Assalamualaikum


Aku imbas kembali percutian ku ke Krabi, Thailand sempena ulang tahun kelahiranku setahun yang lalu sebagai kenang-kenangan. Mungkin juga mampu memberi sedikit maklumat pada kalian yang sedang mencari maklumat tentang percutian ke Krabi.

Trip pertama untuk tahun 2016, kononnya banyak trip la tahun 2016..Krabi Aku Datang! Sebenarnya boleh dikira sebagai hadiah birthday in advance untuk diri sendiri. Orang kata sebagai permulaan/beginner melancong ke luar negara seeloknya cuba negara yang dekat-dekat dulu. Ok disebabkan ini adalah pertama kali aku dan suami melancong ke luar Malaysia, Krabi menjadi pilihan pertama kami. Kenapa Krabi? Krabi dekat, masih Selatan Thai plus tiket AirAsia murah time tu.


Sebagai persediaan awal, aku banyak baca pengalaman rakan-rakan blogger yang pernah ke Krabi, thanks sangat korang yang banyak kongsi info tempat makan, review hotel dan macam-macam lagi kat blog. Sangat membantu tau, terutama bagi kami yang first timer ni. Seperti percutian dalam Malaysia, kaedahnya sama, bilik penginapan telah ditempah awal melalui Agoda. Aku bukan jenis yang main terjah saja tanpa perancangan sebab aku takut silap terjah aku kena tidoq kat masjid. Matawang Thai Bath aku dah tukar siap-siap di Mid Valley, untung juga office kat area Mid Valley, everyday aku boleh check rate, time murah aku tukar sikit-sikit.

31 January 2016, Pesawat AK868 selamat mendarat di Lapangan Terbang Krabi pada jam 1.50pm waktu tempatan. Alhamdulillah. Perkara pertama setibanya kami di Krabi, tukar simkad dulu, kami beli simkad tempatan untuk aktifkan internet, kalau banyak duit boleh la roaming line Maxis. Simkad untuk internet selama 7 hari cuma 100bath Dik Non! Berbaloi-baloi..internet pun laju takde pun yang sangkut kat pucuk pokok getah. Internet ni penting selain untuk upload gambar kat FB, wassap mak cakap dah sampai, penting sangat untuk google maps bagi backpackers macam kami suami isteri.

Dari airport nak ke Aonang, Aonang adalah kawasan pantai yang happening & tumpuan pelancong ke Krabi, banyak hotel kat sana.  Boleh grab taxi dengan rate 600bath atau nak bas, 150bath. Aku dan suami naik bas saja. Bas pun not bad, ber-aircond dan akan hantar kita sampai ke depan hotel. Alhamdulillah senang sangat dan dipermudahkan. Sesampai di Aonang GoodWill Hotel, bas berhenti betul-betul depan pintu hotel. 

Review Aonang GoodWill Hotel

Lokasi : Lebih kurang 1km atau 20 minit berjalan ke Pantai Aonang,  dekat dengan Masjid Aonang. Dekat dengan 7Eleven, sebelah hotel ada moneychanger & atm machine, dekat dgn tourist information centre. Very strategic location.

Staff : Friendly & helpful dan boleh bercakap English very well.

Room & toilet : Bersih ada private safety box, balcony untuk sidai baju lepas terjun ke laut.

Disebabkan kami ke sana ala-ala backpackers & bajet, kami tak ambil tour guide. Selama 4 hari 3 malam di Krabi kami sewa motosikal Yamaha Fino (skuter) dengan harga 200bath 24 jam. Senang sahaja nak dapatkan motosikal sewa kat Krabi, dekat hotel tepi-tepi jalan utama banyak orang yang sediakan perkhidmatan sewa motosikal.

Dari segi makanan, jangan runsing, penduduk Krabi banyak juga yang beragama Islam, banyak je kedai makan orang Islam. Kami setiap pagi breakfast kat kedai sebelah hotel penginapan kami. Ada 2 orang kakak bertudung menjual nasi lemak, pulut ayam dan nasi goreng pagi-pagi, ada seorang pakcik fasih berbahasa Melayu juga turut berniaga di kawasan tersebut. InshaAllah dipermudahkan.

Cukup sebagai mukadimah 2017. Lama betul tak blogging. InshaAllah jika punya rezeki & waktu, aku akan update aktiviti sepanjang percutian ke Krabi.



Tuesday, August 23, 2016

Snorkeling di Pulau Redang

Assalamualaikum

Mencari mood untuk update blogku yang sudah lama tidak di update, mood p merantau, balik singgah sat. Maka up 1 entri hari ni.

Sambung percutian ke Pulau Redang pada Ogos yang lalu. Well, bila dah sampai Pulau Redang rugi rasanya tak p snorkelling. Kalau ada lesen diving boleh p menyelam menikmati keindahan dasar laut. Aku juga berkeinginan untuk memiliki lesen diving kalau ada rezeki. InshaAllah.

Memandangkan kami ambil pakej fullboard maka trip snorkelling memang sudah diatur oleh pihak resort. Aku tidaklah pandai sangat snorkelling, amatur saja tapi aku enjoy snorkelling di Pulau Redang sebabnya air lautnya tenang tidak berombak kuat. So, tak la penat sangat berenang & main kejar-kejar dengan ikan.

Ok layan gambar saja ye yang diambil menggunakan kamera Nikon Coolpix Waterproof.

Salah satu tempat snorkelling dan banyak ikan adalah di Taman Laut Pulau Redang. Kalau berkunjung ke sini waktu peak season, weekend atau public holiday memang ramai sangat orang. Next time kalau pergi lagi kena plan p weekdays.





  

Wednesday, March 23, 2016

Percutian ke Pulau Redang

Assalamualaikum..

Lama rasanya aku tidak menulis di blog ini. Hari ini jejari menari di atas papan kekunci, terasa ketandusan dan kejanggalannya. Apa khabar agaknya sahabat-sahabatku di alam maya? Semoga semuanya sihat dan dibawah lindungan Allah Taala.

Alhamdulillah aku dan suami diberi kelapangan untuk ke Pulau Redang, Terengganu. Cerita lama sebenarnya, tapi harus dicoretkan sebagai kenangan. 
Kami bertolak ke Terengganu pada 29 Ogos 2015, menginap 1 malam di hotel bajet di Bandar Kuala Terengganu, keesokannya pukul 8.00am dah siap parking kat Jeti Syahbandar, Kuala Terengganu.

Pertama kali ke Pulau Redang, sebelum tu memang aku dok survey2 tempat penginapan yang best dan murah. Rata-rata bila baca blog review dan buat perbandingan harga sendiri, ternyata Redang Lagoon menyediakan pakej fullboard termurah. Tempah awal, sebab peak season/public holiday cepat penuh..nanti melopong sendiri.
(Gambar atas) di atas bot kecil yang bawa pengunjung hingga ke pantai. Dari Jeti Syahbandar, semua pengunjung ke Pulau Redang akan menaiki bot besar tetapi lebih kurang 3km dari pantai, pengunjung akan dipindahkan ke bot yang lebih kecil untuk ke kawasan pantai, waktu nak balik pun sama.
Excited! tengok lautnya yang biru, pasir yang halus dan bersih..Alhamdulillah untuk segala nikmatMu Ya Rab.

Sebaik tiba, check in & rehat, makan & solat, petangnya kami dibawa snokelling, fullboard pakej, price & itinerary boleh tengok dalam website Redang Lagoon.
Balik dari snokelling..rehat di pangkin yang disediakan sambil minum air kelapa..nyaman!

Friday, November 6, 2015

Penginapan & Sewa Kereta~Sabah Trip

Assalamualaikum..

Lamanya tak jenguk blog ni, dah lama tak menulis, kekok pula rasanya. Aku nak sambung lagi cerita percutian ke Sabah. Belum pun habis cerita percutian ke Sabah pada bulan Februari, Alhamdulillah diberi rezeki pergi ke Sabah lagi pada 24-27 Oktober yang lalu..Trip kali ni pergi bersama abg ipar sekeluarga & kawan suami. 

Percutian ke Sabah, kami sengaja mengaturkan untuk bermalam di Kundasang dan 1 malam di KK. Walaupun Kundasang tidak semeriah KK, tapi kami suka suasana & udaranya yang segar. Selama berada di Kundasang, kami memilih untuk menginap di Kinabalu Pine Resort. Yelah tengok review rata-rata cakap resort tu cantik. 
Aku buat booking direct dengan resort, siap email request nak high floor clearly facing to Mount Kinabalu lagi. Bagi aku blok (P) high floor sangat clearly facing to Mount Kinabalu. Recommended! Biliknya Superior Standard, P2 katil double, P1 twin bed. Semasa first trip bulan Februari, 1 malam kami stay di bilik Superior Deluxe di blok N, disebabkan lewat booking, malam kedua kami terpaksa perpindah ke bilik P2 di blok P. Alhamdulillah..memang puas hati walaupun berpindah ke bilik Superior Standard. Permandangan jelas mengadap Gunung Kinabalu, takde selirat-selirat cable elektrik berbanding berada di balkoni blok N.
Setiap bilik di Kinabalu Pine Resort memang akan ada sharing balcony
Picture capture from bilik N2
Rate penginapan aku dah masukkan dalam entri Budget Cuti ke Sabah. Percutian baru-baru ni pun kami menginap di Kinabalu Pine Resort, booking melalui Agoda.com, insider deals dapatlah murah sikit, 2 bilik Deluxe, 2 malam RM680.00. 

Picture Captured from balcony room P2
Cantikkan! gambar diambil di balcony bilik P2
Di KK pulak kami menginap di D'Galleria Hotel. Hotel bajet di Kg Air, kat depannya adalah tapak pasar malam, senang nak shopping. Trip kedua, kami menginap di Promenade Service Apartment, bilik Studio Suite RM70 satu malam. Bolehlah untuk tidoq malam ja, pukul 11 checkout. Ada dapur, peti sejuk & peralatan untuk memasak but don't put your expectation too high. 

Sepanjang kat Sabah, dari airport gerak g Bandar KK & Kundasang, kami sewa kereta viva auto dari Encik Shahril, RM90 sehari. Ni contact nombor dia : 0128221685. Trip kedua ni kami sewa Perodua Alza Auto untuk muatkan 6 orang, rate RM150 sehari dari Encik Izad, contact no : 013 9126984.






Thursday, September 17, 2015

Sabah: Poring Hot Spring, Ranau


Air Panas Poring, Ranau Sabah.

Jika anda fikir Air Panas Poring hanyalah kawasan kolam air panas semata-mata, ternyata anda silap. Ini kerana di Poring Hot Spring bukan hanya terdapat kolam air panas bahkan taman kupu-kupu, kawasan air terjun, gua & titian gantung@canopy walk.

Bayaran yang dikenakan hanya RM3.00 untuk pemegang MyCard & boleh digunakan di Kinabalu Park juga jika berkunjung pada hari yang sama.
Sebelum tu apa kata singgah dulu di Visitor Centre untuk mendapat maklumat lanjut mengenai flora & fauna yang ada di negeri Sabah.
Perjalanan diteruskan untuk menikmati keindahan Poring Hot Spring yang terletak di daerah Ranau, Sabah.
Difahamkan titian usang (gambar bawah) adalah laluan masuk waktu dulu, Namun sekarang telah diganti dengan dengan jambatan simen yang lebih kukuh.
Alang-alang dah sampai, kami nak uji kekuatan fizikal & mental dengan meniti Canopy Walk. Caj yang dikenakan untuk Canopy Walk adalah seperti dalam gambar di bawah.
Malaysian = RM3.00
Non-Malaysian = RM5.00
Camera (except video film) = RM5.00
Semangat ni nak lalui Canopy Walk, tapi sebelum berseronok kat atas canopy walk, kita perlu mendaki bebeberapa anak tangga, berapa banyak bebebe la..haha itu menunjukkan banyak anak tangga yang perlu didaki. 'Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'.
Penat nak mamm..belum pun sampai separuh perjalanan lagi. Itu maknanya stamina kurang, kurang bersenam gitu la. Namun aku tidak patah semangat! 'Alang-alang menyelup pekasam biar sampai boleh makan'.

Gigih panjat anak tangga, akhirnya sampai juga ke check point untuk aku lalui titian setinggi 41-43 meter sepanjang 175 meter ini.
Alhamdulillah berjaya dengan jayanya melalui Canopy Walk. Penat mendaki dan berjalan di Canopy Walk, kami singgah sekejap di kolam air panas untuk merendam kaki bagi menghilangkan rasa sengal dan lenguh-lenguh.
Inilah kolam air panasnya..ada juga yang semulajadi tapi kebanyakan pengunjung aku lihat berendam dalam kolam ni je. Eh tapi kan..ni kolam ke kolah? hehehe.

Thursday, September 10, 2015

Pulau Manukan & Pulau Mamutik, Sabah

Assalamualaikum..

Lama saya sungguh tak berblog &  blog walking..Apa habaq semua, harap sihat la nah. Nak sambung cerita pi Sabah lagi. Sabar jelah! bulan Februari p Sabah, bulan September cerita tak habis lagi. Busy sikit sekarang, tak sempat nak jenguk blog kesayangan nih.

Semasa percutian ke Sabah hari tu kami berkesempatan untuk bersnokelling di Pulau Manukan & Pulau Mamutik. Kedua-dua pulau ini terletak dalam kawasan Taman Laut Tunku Abdul Rahman dan terdapat beberapa pilihan pulau lain antaranya Pulau Sapi, Pulau Gaya & Pulau Sulug. Ada pakej di sediakan di kaunter di Jesselton Point yang juga merupakan terminal feri ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Harga pakej adalah berbeza mengikut agensi, kena pandai-pandai survey & tawar-menawar lah ye. Harga yang kami dapat untuk island hoping ini ada saya masukkan dalam budget p Sabah dalam entri terdahulu. Boleh baca :- Budget Cuti di Sabah

Tiket 2 pulau : RM33 x 2
Mask & goggles : RM15 x 2
Terminal fees : RM7 x 2

Marine Park Fee : RM3 x 2 (bayar di pulau)

Dah dapat tiket, apa lagi jom kita p snokelling. Oh, untuk makluman jarak antara Pulau Manukan & Mamutik ni dekat je dalam 10 minit & kalau dari Jeti Jesselton Point pun anggaran dalam 20 ke 30 minit je kot.
Peraturan-peraturan yang harus dipatuhi ketika berada di Taman Laut Tunku Abdul Rahman.
Destinasi pertama, Pulau Mamutik

Saya tak pandai nak guna goggles ni sebenarnya, dua tiga kali cuba, berenang tak sempat nampak ikan saya stop untuk bernafas..hehe. Seriously kat Pulau Mamutik ni saya tak nampak sekoq ikan pun masa snokelling. Haha..bukan sebab ikan takde tapi saya tak reti guna goggles. Nampak tak bangunan-bangunan kat hujung sana tu (gambar di atas) itulah bandar KK.

2 jam di Pulau Mamutik, kemudian kami bergerak pula ke Pulau Manukan. Sewaktu kami tiba di Pulau Manukan, kami disambut oleh sekumpulan gadis Korea yang sedang bergwiyomi. Hihi..percaya ke idok? Percayalah, ramai pelancong Korea tapi diorang tak buat gwiyomi pun.
Gambar ni saya ambil ketika berada di atas jeti..cantikkan Pulau Manukan ni, airnya pun jernih je, boleh nampak ikan dok berenang.
Kat Pulau Manukan ni ada resort, Manukan Island Resort, sila google kalau nak tahu rate...nanges!
Penat snokelling, kami jalan-jalan sekitar pulau Manukan, rupanya kat belakang, area wash room pun tak kurang cantiknya. Turut disediakan bangku untuk kita beristirehat, angin pun kuat, kejap je baju dah kering. Kawasan belakang pulau tak sesuai untuk mandi rasanya, ombak kuat.
Jam menunjukkan hampir jam 2 petang, perut mula berkeroncong, kami menikmati makan tengahari di Pulau Manukan. Ada sebuah gerai yang menjual makanan, boleh lah untuk mengalas perut, Alhamdulillah. Harga pakej island hopping tidak termasuk makan & minum ye, kenalah pandai-pandai sendiri.

Usai kami makan tengahari, staff dari agensi island hopping mula memanggil untuk pulang ke tanah besar. Cantik je timing. It's time to say good bye to Manukan..nope, say see you again..SOON InshaAllah.
Selfie satu di Jeti Pulau Manukan.
Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com