Assalamualaikum..Salam Sejahtera..
Episod Jalan-Jalan Cari Makan kali ini kita terjah ke Kerinchi, Kuala Lumpur, Malaysia mencari Char KueyTiaw yang didakwa tersedap di kawasan sekitarnya..hehe~
Hello! tak perlu masuk JJCM kerana Char KueyTiaw di Kampung Kerinchi yang kini dikenali sebagai KL Gateway memang sedia dikenali ok, sudah berkurun di situ, setiap hari orang serbu sehingga kekadang perlu tunggu turn untuk duduk di meja makan, masih utuh dan sedap seperti selalu. Azimuddin Char Kueytiaw terletak di kawasan Kerinchi, KL, dekat stesen LRT Universiti, sebelah Apartment Vista Angkasa.
Nindia~Azimuddin Char kueytiaw terbaek |
Ku beri penghormatan kepada Azimuddin Char KueyTiaw untuk bertempek di Blog cintazakirah kerana di situlah salah satu tempat yang meninggalkan nostalgia dalam hidup tuan blog. Dari bergelar si dara sehingga dipanggil mak cik, inilah salah satu tempat makan yang saya selalu singgah. Walaupun "partner" makan bersama tu telah bertukar dan tukang masak juga bertukar-tukar tapi rasa Char KueyTiaw ni masih sama..cuma kuantiti sahaja yang berbeza. Apa agaknya resepi rahsianya ya?
tempat masak atas van saja |
Thumb up untuk Azimuddin Char Kueytiaw, semangat anak muda kampung dari Baling berhijrah ke Kuala Lumpur berniaga Char KueyTiaw. Char KueyTiaw tersedap pernah saya makan setakat ini. Cuma saya bimbang, kemanakah hala tuju Azimuddin Char KueyTiaw nanti, apabila Kg Kerinchi yang telah dirobohkan dan dibangunkan KL Gateway berserta pembangunan-pembangunan yang kian bertambah di sekitar Lembah Pantai, Pantai Dalam, Apakah Azimuddin Char KueyTiaw akan masih membuka meja untuk berniaga di tepi-tepi jalan? Semoga nanti masih ruang untuk Azimuddin Char KueyTiaw berniaga tanpa perlu lari dari pihak berkuasa.
Tempat jatuh lagikan dikenang,
inikan pula tempat bercita dan
bercinta..
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen anda disini. Terima kasih, sila mai lagi!