Tuesday, September 10, 2013

MyKad Nikah

Cerita Kad Nikah kami, selepas setahun nikah baru kami p mohon. Maklumlah balik kampung sekali sekala pejabat agama tak buka, time depa buka kami pulak tak free nak p sana. Permohonan kad nikah kami buat di Pejabat Agama Daerah Pendang, ala yang sebelah pejabat pos dan sebelah Sekolah Kebangsaan Pendang tu. Sebelum p mohon kad nikah ni, mesti buat persediaan awal, google dan check website depa tu, sediakan apa depa nak baru urusan kita jadi mudah. Mai saya share sikit prosedur dan tatacara memohon kad nikah pintar untuk Negeri Kedah.
  • Borang permohonan di Pejabat Agama Daerah (kami mohon di Pendang)
  • Permohonan akan diterima bagi pasangan yang bernikah di dalam daerah sahaja.
  • Bayaran permohonan RM 40 untuk 2 keping Kad Nikah Pintar

  • sertakan bersama:
         -Salinan kad pengenalan suami / isteri disahkan
      - 2 keping gambar suami isteri ukuran passport (Lelaki bersongkok/perempuan  bertudung) 
        - Satu salinan surat nikah yang disahkan
  • Permohonan dijangka siap 3 bulan dari tarikh permohonan.

Penting bagi anda  untuk mengesahkan salinan sijil nikah dan salinan kad pengenalan. 

Jangan jadi macam kami walaupun dah tengok website tapi saya terlupa nak sahkan..p dalam pukul 2 petang mcm tu, kebanyakkan pegawai takdak nak minta depa tolong sahkan, last sekali kami p Balai Polis Pendang, ketua balai ada meeting, kami suruh abg polis yang ambik report tu sign dan cop, mujur pejabat agama terima.
Tuntutan kad pintar:-
  • Pemohon akan dihubungi melalui telefon. Sekiranya pemohon tidak dihubungi selepas tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan, pemohon bolehlah berhubung dengan Pejabat Agama Daerah.
  • Pemohon dikehendaki datang sendiri ke Pejabat Agama untuk mengambil Kad Nikah bagi tujuan pengesahan melalui Cap jari pemohon dan pasangan.
Kad kahwin kami dapat agak lambat, lebih dari 3 bulan gak la, kami mohon Februari, bulan May saya call pejabat agama depa kata tak siap lagi. Saya call balik bulan puasa baru ni depa kata dah siap dah..kelia la. Ok masalah nak ambik kad, disebabkan saya balik kampung time public holiday, depa cuti jugak. Makanya saya minta tolong ayah p ambik. Mak saya kata depa macam berat gak la nak bagi tapi mak bagitau kata anak dok jauh, cuti sat takut takdan nak ambik kad ni. Depa buat surat, pastu suruh ayah saya sign, lepas tu baru depa bagi kad tu. Saya ada email pejabat agama ni padp@kedah.gov.my bagitau saya hantar wakil untuk ambik kad tu tapi haram tak balas pon tapi takpa lah, dah dapat kad nikah ni.

Ghupanya..belakang kad saja la
Senang ada kad pintar nikah ni, tak payah usung sijil nikah dah..hahaha, macam selama ni dok usung kad nikah kan! Tak pernah!

5 comments:

  1. Saya tak ada kad nikah, cuma ada surat nikah yg dah hampir hancur kerana dah lama berlipat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin masa zaman JR kahwin tak perlu buat kad nikah lagi, maklumlah kat Kedah tahun 2010 baru start perkenal kad nikah ni.

      Delete
  2. salam...salinan ic dgn sijil nikah tu sapa yg boleh sahkan?mggu ni baru nak balik kg g buat kat nikah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..

      Salinan i/c dan sijil nikah tu boleh disahkan oleh Penghulu, Pengetua Sekolah, Guru Kanan dan Pegawai kerajaan, macam kita nak sahkan sijil2 akademi kita, saya hari tu sahkan di Balai Polis, pun diterima.

      Delete

Tinggalkan komen anda disini. Terima kasih, sila mai lagi!