Tuesday, January 14, 2014

JJCM - Buffet Dinner, Flaming Steamboat Buffet


Hari minggu yang lalu, encik hubby ajak makan kat luar...kebetulan hari tu keluar jalan-jalan. Penat dan lapaq sangat walaupun sebelum keluar tu dah makan. Encik hubby ajak p makan steamboat, dah lama tak makan steamboat katanya. Kat mana? kami kalau nak makan steamboat, satu tempat je kami akan pergi..iaitu Flaming Steamboat Buffet, Kota Kemuning Shah Alam.

Flaming ni ada banyak cawangan, boleh google website dia untuk maklumat lanjut. Harga makin naik..dulu mula-mula kami makan kat situ harga seorang RM26.90, sekarang harganya dah naik kepada RM29.90 seorang. Dah tu sekarang ada servis charge lagi..dulu takde pon.

Overall makan kat situ..ok la, banyak pilihan makanan, banyak seafood yang disediakan seperti udang, ketam, kepah, pepahat, kerang dan beberapa spesis lagi yang saya tak tau. Ada ikan, ayam dan of couse all the fish ball, meat ball, sosej dan sewaktu dengannya. Kalau mampu makan banyak memang berbaloi makan kat situ.

Hari tu kami makan, saya rasa agak rugi jugak sebab makan sikit ;) mula-mula tu lapaq sangat sampai menggigil-gigil. Sementara nak tunggu steamboat tu masak, saya p ambik mee goreng dulu..lepas tu makan udang dan ketam sikit..dah surrender, tak larat makan, yang ada tu encik hubby terpaksa habiskan, tu pun ada yang tak dimakannya. 
Kuah sup & tomyam

Kami kira-kira 45 minit je..sekali ambik makanan, pastu masing-masing dah give up, tak larat makan lagi, so kami buat keputusan untuk keluar dan balik. So tips untuk korang yang nak cuba makanan kat Flaming Steamboat Buffet ni kena make sure perut kosong, pastu boleh lah makan banyak-banyak. Petua makan buffet ini sebenarnya, jangan mulakan dengan makan nasi atau makanan yang heavy dulu sebab akan cepat kenyang.

Sekian.

2 comments :

JR said...

Nasi kena last sekali kan...sebab itulah dinner ala-orang Cina yg agenda makannya selama berjam-jam itu dimulai dgn makanan2 ringan dan akhir sekali barulah datang nasi. Tapi ketika itu dah tak lalu makan nasi dah, perut dah fullll!!!

BUNDA said...

Kalau yang jenis makan banyak tu ok lah...

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com