Tuesday, April 15, 2014

Kameraku ST60


Dulu masa kat U, aku teringin sangat nak miliki kamera digital. Tengok kawan-kawan guna kamera digital, ambik gambaq tak payah nak beli kodak. Ambik ja gambaq banyak mana pon, selfie la puas-puas. Apatah lagi aku ni memang jenis suka bergambar. Lama jugalah aku memendam rasa, p pc fair atau ada promotion camera aku dok usha ja..yelah nak beli tak mampu lagi masa tu. Nak guna duit ptptn, risau tak cukup duit untuk berbelanja nanti kena minta kat mak aku kat kampung. Kesian pulak..tak sampai hati la aku nak menyusahkan mak ayah aku, adik aku 2 orang lagi masih bersekolah.

Aku ingat lagi, masa kat kolej ada dinner, makan di hotel, wajib p, depa caj terus sekali dengan yuran kolej. Aku dan kawan-kawan aku ni masing-masing memang gila bergambar. One day, kami p Mydin Sinar Kota, ternampak kamera, pakai kodak punya, harga RM16.90 kalau tak silap. Aku ngan kawan aku beli tapi kamera aku tu boleh pakai sekali ja, macam sangkut sikit. Aku guna time p dinner kat Mandarin Oriental tu saja la, lepas tu tak pernah guna dah. Yelah sangkut-sangkut buat rugi kodak saja, dah la harga kodak lagi mahal dari harga kamera.

Bila masuk ke alam pekerjaan, ada duit lebih sikit, kebetulan kat Mid Valley ada buat PC Fair, aku p usha-usha, ada niat nak beli kamera sebab asyik pinjam kamera kawan saja..naik segan jadinya. Pusing punya pusing, aku terpandang kamera ST60 Samsung (gambar)..oh aku memang suka warna merah, kameranya kecik, ringan dan versi terbaru keluaran samsung. Harganya kalau tak silap aku RM500 kot. Aku beli sebijik macam dalam gambar tu..

Banyak jugalah jasa kamera tu kat aku, itulah kamera cap ayam yang sering aku maksudkan dalam entri terdahulu. Kiranya itu adalah kamera digital pertama aku, beli guna duit hasil titik peluh aku sendiri. Lamanya dok pendam rasa nak beli kamera digital kan, akhirnya dapat..hang bayangkanlah macam mana perasaan Che Ah. Setiap barang aku, aku jaga baik punya, sama macam kamera tu.

Kelmarin suami aku bawak kamera tu p office, lepas keja dia terus p pelabuhan. Dia acap bawak kamera p site semenjak 2 menjak ni. Nak jadi cerita semalam aku sembang-sembang dengan dia dan tanya mana dslr sebab takde dalam bag, dia cakap ada kat bawah. Then aku tanya lagi, haa..mana kamera samsung saya eh. Dia jawab, hilang, jatuh kat mana tak tau, abang cari tak jumpa. Aku macam tak percaya, aku tanya betui ka, dia ya kan. Sentak, sentap apatah reaksi aku. Terus melulu ke bawah, selongkar dalam beg, cari kat rak & drawer tapi takde, sambung cari, dalam otak dok pikiaq samsung merah..tapi tak jumpa. Penat cari tak jumpa, lastnya hujan turun dengan lebatnya..pukul 12 jugaklah terlelap sendiri. Emosi, tak percaya kamera aku hilang.

Pagi ni aku bangun, aku redha dengan kehilangan tu. Macam kematian, walaupun kita sayang bila tiba saat kematian, terpaksa berpisah juga. Redha & berlapang dada adalah lebih baik. Aku tak salahkan suami, aku tau dia tak sengaja. Cuma aku harap siapa je yang jumpa kamera aku tu tidak akan menganiayai aku, ada beberapa gambaq aku dalam kamera tu, ada gambaq kahwin adik aku juga dan akan jaga kamera tu macam mana aku jaga. Harap kamera tu akan bagi manfaat pada orang yang jumpa tu, lebih-lebih lagi kalau orang tu dalam situasi aku dulu, yang sangat mendambakan kamera digital.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda disini. Terima kasih, sila mai lagi!