Wednesday, April 16, 2014

Lunch SUBWAY~take away

Hari ni aku cuba sesuatu yang baru..jakunnya aku kot kan..bertahun merantau sehingga jadi pemastautin bandaraya besaq ni, hari ni kali pertama aku p beli sandwich Subway. Dah lah tak pernah p, hari ni dok buat gaya konfiden lebih p order Subway sorang diri.

Banyak songeh jugak nak order Subway ni kekdahnya:-
  1. Buat pilihan roti
  • Italian Bread
  • Wheat
  • Honey Oat
  • Parmesan Oregano
  • Hearty Italian
     2.  Pilih panjang roti 
  • 6 inci
  • footlong
     3.   Pilih nak isi apa dalam roti tu.
Macam-macam jenis isian, aku tak tau mana yang sedap, senang tengok je gambar, tengok harga, aku pilih meatball marinara.
Ingatkan dah siap, dah boleh bayar, rupanya pilih sayur pulak..kalau taknak boleh proceed terus kot.

     4. Pilihan sayur-sayuran
  • lettuce
  • tomato
  • cucumber
  • Pickel
  • Green Peppers
  • Olives
  • Onion
  • Jalapeno Slice
  5. Pilih sos 
  • BBQ Sos
  • Cili Sos
  • Mustard
  • Oil & Vinegar
  • Mayonis
Ok, done..boleh bayar. Kalau nak, boleh add on make it as a set, ada soft drink & chips or cookie. Aku beli sandwich saja, take away, RM7.95. Highlight biru tu pilihan aku, ok la..sedap juga. Lepas ni tak jakun dah la aku.
 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen anda disini. Terima kasih, sila mai lagi!