Tuesday, April 29, 2014

P Pesta Buku Antarabangsa 2014, PWTC

Pesta Buku Antarabangsa 2014 di Putra World Trade Centre (PWTC) bermula 24 April 2014 sehingga 4 Mei 2014. Ya masih berlangsung sekarang ni. 

Aku p juga hari Ahad tu, beli novel je buat peneman dalam train. Dapat la diskaun 50% dari harga asal, ada sesetengah diorang kurangkan harga 6 ke 10 ringgit untuk sebuah novel. Macam-macam buku ada, dari pelbagai penerbitan. Buku dari negara luar ada tapi tak banyak. 

Masuk ke ruangan Karangkraf, promosi Al-Quran ni berbaloi-baloi pada aku. Bulan lepas suami aku beli Al-Quran Amazing tu harga seratus lebih satu. Di PWTC, diorang buat promosi ni, murah lah, aku beli juga, sebab kakak di office kirim.

Buku-buku ilmiah untuk pelajar sekolah pun ada, untuk kanak-kanak pun ada. Aku tak masuk semua hall pun, meronda kat ground floor dan first floor je. Ramai betul orang. Cara nak p PWTC ni senang, banyak public transport, LRT,  KTM, bas, laluan pejalan kaki pula berbumbung. Aku p naik kereta, parking kat Stesen Bas Putra. RM5 bayaran parking, bergantung kepada berapa lama kita parking kenderaan kat sana.


No comments :

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com