Saturday, August 30, 2014

Dinner without Candle Light at Adam Lai Restaurant

Tajuk propa..hihi..Beberapa hari yang lalu, husband belanja makan di restoran Cina-Muslim, Adam Lai di Seksyen 15, Shah Alam. Makan malam tanpa cahaya lilin tapi cahaya lampu kalimantang..terang benderangkan.

Kisahnya, encik husband pernah pi berbuka puasa dengan kawan tempat kerjanya dulu, so now bawa wife dia pula. Katanya mana tempat makan yang best dia pernah makan dengan kengkawan dia, nanti dia akan bawa wife dia pi makan pulak...sweet kan :)

Menu apa di sana? macam-macam ada, fresh dan sedap.
Ni lah makanan pilihan kami malam tu, over kan..macam mana badan tak tembun. Ni small portion je tau.
Kailan Ikan Masin & Ayam Kung Po
Main course: Kah Heong Crab
Ketam masak Kah Heong @ kicap pedas ni enak rasanya, terasa perapan sampai ke isi. Isi ketam pulak penuh dan segar. Recommended!

Tahu apa nama menu dalam gambar ni? Rasanya sedap macam makan kat hotel masa Majlis Gemilang Sepuluh ketika bergelar student dulu. Shark Fin Soup ****

Dari segi harga, sederhana..berpatutan dengan kualiti makanan, apa salahnya bayar lebih sikit untuk sesuatu yang sedap. Boleh google website diorang untuk senarai menu dan harga.


Di sini aku sertakan alamat untuk cawangan Shah Alam, kot korang nak p try sendiri kelazatan Ketam Kah Heong.

Restoran Adam Lai
No.69-G, Jalan Pahat H 15/H,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03-5524 2378 

Alhamdulillah...

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara ke 57.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


No comments :

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com