Wednesday, October 8, 2014

Nasi Mandy Sedap di Alor Setar

Percutian pulang ke kampung sempena Aidiladha, aku berkesempatan menikmati hidangan Nasi Mandy sedap di Bandaraya Alor Setar. Sedap ni bergantung kepada deria rasa individu ye..bagi aku, aku suka dan kena dengan selera aku. Terima kasih kepada sepupu aku yang bawak aku p makan Nasi Mandy di sebuah restoran yang terletak di Jalan Pegawai, Alor Setar iaitu Restoran Cairo.

Aku rasa ramai orang Kedah yang dah tau pasal Restoran Cairo ni..cuma aku saja yang pertama kali makan kat situ. Dengaq kata pemilik restoran ni seorang ustaz, bekas pelajar Maktab Mahmud. Masa tunggu makanan, aku dan sepupu dok sembang-sembang tentang restoran ni, kami sama-sama setuju mungkin pemilik restoran tu pernah belajar di Kaherah, Mesir kot, mungkin pelajar Al-Azhar University kot..banyak sangat tekaan kami, tak tau betul ke tak.

Bau aroma nasi mandy itu saja buat kami tak sabaq untuk menikmatinya. Tak lama menunggu, akhirnya sampai Nasi Mandy Ayam yang kami pesan.
Nindia..Nasi Mandy Ayam terbaek! Nasi Mandy sedap, ayamnya pulak lembut, dimakan bersama cili sambal, acar dan sup. Sup kambing kata sepupu aku, tapi aku makan tak bau kambing..hmm licin. Aku pernah makan Nasi Mandy dari sebuah restoran S di Cyberjaya dan beberapa restoran lain, kerap jugak office aku buat makan-makan dan order Nasi Mandy dari restoran S cawangan Cyberjaya, mahupun Wangsa Maju, tapi pada deria rasa aku, Nasi Mandy yang aku makan malam itu di Restoran Cairo seolah-olah menggamit aku untuk berkunjung 4, 5 kali lagi. Harganya pula, hanya RM10.00 sahaja sepinggan, big portion of course!

1 comment :

Nur said...

Sedapnye tengok. Yati tak pernah lagi makan nasi Mandy ni.

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com