Tuesday, February 10, 2015

3 series

Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur kepadaNya yang memberikan rezeki & kesihatan yang baik. Sedar tak sedar februari 2015 sudah berada di pertengahan. Besok 11 februari adalah hari lahir aku..Ya Allah terima kasih di atas rahmatMu, esok genap umurku 30 tahun. Alhamdulillah Ya Rahman, Ya Rahim.

Sempena kehadiran 3 series ini, suamiku membawa aku bercuti ke Sabah, lebih tepat lagi Kota Kinabalu & Kundasang. Teruja..pertama kali aku ke Sabah. Akan ku ceritakan di entri yang lain.

Tiada ungkapan lain melainkan rasa syukur pada Allah Taala dan terima kasih pada suami. Dia yang banyak memberi dokongan dan semangat padaku. Tipu andaiku katakan pada umur mencecah 3 series ini aku tidak risau mengenai hal zuriat. Sepertimana yang kalian tahu aku sememangnya berusaha untuk memiliki zuriat keturunanku, selepas ectopic pregnancy 2 tahun yang lalu. Namun di balik kerisauan itu, keyakinan aku tidak pernah goyah bahawa Allah penentu segalanya. Suamiku juga selalu ingatkanku perkara yang sama. Jika memang rezeki, atas izin Allah, Dia akan bagi jugak rezeki zuriat. Kita diuji dengan pelbagai ujian, kekayaan, kemiskinan, anak ramai, tiada anak..itu semua ujian Allah SWT. Doa yang baik-baik, fikir yang baik-baik, InshaAllah yang datang pun baik-baik saja.
 
Ok sampai di sini dulu. Alhamdulillah, syukur kepadaNya untuk 30 tahun menyedut udara di bumiNya dan doa buat ayahanda & bonda tercinta yang melahirkan, membesarkan serta banyak berkorban untuk ku juga adik beradikku.

No comments :

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com