Sunday, January 5, 2014

Tahun Baru 2014-Shopping di Nilai 3

1 Januari 2014,

Lepas Zohor dalam pukul 2 petang macam gitu, kami gerak ke Nilai 3. Motif nak g Nilai 3, bagitau kat encik suami nak beli frame ayat-ayat Quran, padahal aku bukan ada duit pun, saja gedik nak tengok apa yang best sangat kat Nilai tu, murah sangat ke? Dulu dok google ramai jugak bride to be bercerita depa p shopping barang kahwin kat Nilai 3. Ber GPS kan Waze dari handphone, ok first time kami jejak Nilai 3, berjaya kami sampai ke Nilai 3 sekitar pukul 3.30 petang.

Mula-mula ingat nak window shopping dan survey-survey harga dulu. Sekali bila dah sampai encik suami cakap tak larat lah nak jalan dari satu kedai ke satu kedai kalau jalan kaki. Jarak antara kedai-kedai agak panjang, kalau jalan kaki masuk keluar kedai, jenuh jugaklah nak balik ke kereta. First stop kami masuk KK Home Deco, saja nak check harga dan buat perbandingan. Tak beli pa pe kat situ.

Second and last stop kami berhenti di sebuah kedai jual carpet dan frame ayat suci. Nama kedai tak ingat, tapi itulah kedai pertama yang jual carpet dan frame sederet dengan KK Home. Tak tau kenapa kami berhenti kat situ..mungkin ada tertera perkataan SALE atau LELONG kot kat situ..lupa dah.
Selepas kedai tu kami terus balik, tak p survey mana-mana dah. Tak sempat nak jalan-jalan lagi. Yelah kat kedai tu saja dah melayang beberapa ratus dan kereta dah tak muat lagi, sampai driver dan konduktor kena tolak seat ke depan dan tegak je. Kesian tengok encik suami duduk gaya gitu tapi dia jugak yang nak beli semua tu.

Apa yang kami beli di Nilai 3 dan harganya, sekadar nak berkongsi bukan niat menunjuk, semoga beroleh manfaat. Shopping kat Nilai 3 ni kena pandai tawar menawar.

Carpet yang digulung dari Nilai 3..
Carpet Aman Carving, made in Turkey, harga asal RM400, selepas tawar menawar kami dapat RM200. Encik suami cakap murah jugak sebab carpet kecik yang terhampar tu kami beli dengan harga RM200 di Klang.


Cermin besar dan lebih tinggi dari saya, harganya RM300 tapi selepas nego, kami dapat harga RM130. Belian terbaik dan berbaloi-baloi kami, dah lama survey kat banyak tempat, kat Nilai akhirnya bertemu dengan harga yang murah. Uniknya cermin ni, penjual tu ketuk dengan hammer tak pecah, dia cakap kalau pecah bawak sini balik.


Frame Ayat Kursi, encik suami berkenan dengan ukiran di kayu frame dan tulisannya di atas cermin. Sememangnya, ayat Kursi banyak manfaatnya, tak rugi beli. Harga RM550, lepas nego dapat RM250. Saiznya besar jugak dan berat.


Last sekali, frame dalam gambar di atas. Saya berkenan, pilihan hati saya, sepasang tu RM50, ayat 1000 Dinar, lebih kurang 1 meter..berbaloi-baloi. Masih ada tali kat frame tu, kerana frame tu saya nak hadiahkan kat mak saya di kampung.

Next, teringin nak p Wang Klian, depa kata barang murah jugak kat sana. Dan Langkawi jugak, nak p usha pinggan mangkuk pyrex, vantage dan corningware.

10 comments :

Unknown said...

uishh byk nya dpt discount lpas nego..sy xpndai tawar menawar..rugi laa..huhuh

Cinta Zakirah said...

Alhamdulillah..banyak juga kedai jual barang kahwin, sesuai utk b2b seperti Faezah..tapi harganya tak sure mahal ke murah.

Anonymous said...

Mai la,wang klian

Jeffrey said...

Apa nama kedai yg jual cermin tu..mohon share

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Sorry jalan 3 / 2 nilai 3

Unknown said...

No 823 824 jalan 3 / 2 nilai 3 negeri sembilan ..nama kadai turkish carpet ..skrn harga cirmn besar tu lagi murah jadi harga baru hanya RM 100 sahaja .dan jual carpet turky 50% discount

Unknown said...

Sorry jalan 3 / 2 bukan 3 / 3

nadia said...

Sis..frame kalimah Allah dan Muhammad tu brp ringgit di nilai..maksud sis ketiga2 frame sekali dgn ayat 1000 dinar ke rm50..atau frame kalimah Allah dan Muhammad je?

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com