Assalamualaikum..
Salam Aidiladha buat semua muslimin dan muslimat.
Aidiladha tahun ni, Che Ah terpaksa tinggal suami yang bekerja di hari raya dan pulang ke kampung seorang diri menaiki pesawat Malindo Air pada malam 3 October. Selepas meneliti banyak perkara, terfikir mak ayah, adik yang beraya bersama isterinya di Miri, terkenang mak saudara yang sering keluar masuk hospital yang baru saja kematian suaminya dan aku tidak dapat balik pada hari kematian bapak saudara ku itu. Kebetulan juga Malindo Air buat promosi tiket murah. Selepas berbincang dan mendapat keizinan dari suami tercinta, tiket ku tempah 2 hari sebelum terbang. Alhamdulillah..terima kasih abang.
Semasa di kampung ku dengar berita kemalangan maut di Terowong Menora, Al-Fatihah buat mangsa. Kawanku yang memandu untuk pulang ke kampung mengambil masa 14 jam perjalanan. Aduhai..mau kematu bontot. Itu sebabnya setiap kali musim perayaan suamiku memilih ikut jalan lama untuk pulang ke kampung.
3 hari di kampung, malam Isnin tepat 8.20pm aku menaiki pesawat OD 1503 dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim terus ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang bersama ketupat dan petai jeruk kegemaran suamiku. Tiba di airport sejam kemudian, suamiku sudah menanti.
Semoga Mak Jang cepat sembuh..risau hati melihat keadaan mak jang.