Wednesday, May 29, 2013

Tragedi Sungai Rajang

28 Mei 2013 mencatatkan satu lagi peristiwa pilu dalam sejarah negara apabila berlakunya tragedi bot karam di Sungai Rajang berhampiran Belaga di pendalaman Sarawak. Menurut sumber dari Bernama, 23 orang masih belum ditemui manakala 181 yang lain terselamat. 

Membawa penumpang berlebihan dan bot terlanggar batu dikatakan punca berlakunya nahas tersebut. Ketika kejadian bot dengan kapasiti 67 penumpang itu sarat dengan penumpang seramai 204 orang yang ingin pulang untuk sambutan Hari Gawai, kebanyakannya pekerja pembalakan dan ladang kelapa sawit di kawasan itu. Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan oleh pihak berkuasa.

Penumpang bot pada hari berlakunya tragedi

Teringat dulu masa sekolah cikgu ada cerita tentang hilang di laut dan hilang di sungai, katanya kalau hilang di laut, akan ditemui juga sebab ombak akan bawa ke pantai tapi kalau hilang sungai xtau di mana penghujungnya. Saya doakan mereka yang hilang akan ditemui dalam keadaan selamat, apapun kepada Yang Maha Kuasa jugalah kita berserah.

“Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.” (Al-Fatihah:5)









No comments :

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com