Monday, December 23, 2013

Pasar Karat di Stadium Shah Alam.

Bangun tidoq pagi Ahad, husband balik keja ajak pegi Pasar Karat..err..pasar karat? Macam tak pernah dengar pon, tanya dia kat mana, katanya kat Stadium Shah Alam. Apa yang terlintas di fikiran aku, pasar? nak beli ikan & barang basah la, sebab stok dalam peti sejuk tu dah habis. Tapi tengok kat sinki dapur dah ada ayam dan sayuran yang baru dibeli.

Ok, untuk pengetahuan semua yang kelihatan blur & jakun macam aku..maklumlah tak pernah pegi. Pasar karat yang terletak di kawasan letak kereta Stadium Shah Alam ni menjual pelbagai jenis barangan meliputi barang basah, sayur-sayuran, hiasan rumah, spare part kereta, makanan dan pakaian, juga barangan antik.

Setiap pagi Ahad, tak sure sampai pukul berapa, aku balik pukul 12 lebih masih ramai orang lagi. Oh..reminder..jalan nak masuk stadium tu jam gila, kalo pegi 2 orang je lebih baik naik motosikal..lebih senang cari parking, dan panas gak.

Macam-macam yang dijual dan yang paling menarik perhatian aku adalah gambar ini..
Anak pokok kadok wei, ada jual jugak! hehe..kalau kat rumah aku tumbuh melata macam tu je. Tepi-tepi jalan kat kampung tu pon ada. 
Yang ni best, ikan terubuk masin 2 ekor RM10.00, besar gak la. Ok, kalau ke Shah Alam hari Ahad cubalah pegi Pasar Karat, Stadium Shah Alam.

Lepas keluar dari area pasar karat tu, husband ajak singgah Plaza Alam Sentral..saja jalan-jalan. Saja-saja pun sangkut jugak la kalau masuk Romantika Home Deco..melayang RM60 beli canvas paint bunga-bunga dan set mug bunga-bunga. Oh..kalau masuk Romantika tak beli apa-apa..aku kah itu?

Lepas tu, husband ajak lagi singgah Kompleks PKNS, (eh macam rajin pulak hari tu husband aku nak singgah sana sini..i follow jer). Kebetulan masa kami kat Kompleks PKNS tu, ada sale, lelong sambil bantu rakyat Palestin. Depa buat jualan lelong, yang aku rasa sangat berbaloi-baloi, sejam je jualan dibuka. Semua jenis pakaian dijual dengan harga RM50. Atas desakan wife dia, husband beli sehelai jubah lelaki, wife teringin nak husband dia pakai jubah. Dapat sehelai jubah, sepasang baju melayu dan sepasang kurung moden...dan penat dah..terus balik. 

Adui..penat dah taip. Thanks for reading friends!

3 comments :

Jay Ar said...

Pasar karat (rusty market) ada di banyak negeri. Bagi saya kalau sebut pasar karat saya lebih suka mencari barang2 antik yg memang banyak dijual di pasar karat. Kalau di Penang yg paling popular adalah pasar karat di Lorong Kulit. Kalau di Alor Setar di Pasar Berjaya setiap Jumat. Memang banyak barang antik dijual dari seterika, kipas, basikal, perabot dan macam2 lagi, malah salinan IC P. Ramlee pun dijual!

Cinta Zakirah said...

Kat mana Pasar Berjaya di Aloq Staq tu JR, sy tak pernah sampai lagi tapi teringin nak p kalau balik kampung..husband suka tgk barang antik..

Daddy Ziyyad said...

Saya tak pernah pergi pasar karat kat Stadium SA tu,sebab malas nak bersesak dlm jem...hahahaha..

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com