Monday, May 5, 2014

Shopping di Sempadan Malaysia-Thailand

Sawadee kha..

Finally, tertunailah hasrat di hati! dapat jugak aku p shopping kat Wang Kelian. Mak ngan kakak2 aku pon ikut sama, konvoi 2 biji kereta dengan sepupu & mak menakan aku. Kami bertolak dari Pendang dalam pukul 11am. Ye aku tau waktu afdal p sana adalah waktu awal pagi untuk berebut tempat parking tapi disebabkan masalah teknikal, pukul sebelas baru kami gerak, sampai Wang Kelian pukul 1.15pm, takde lah jauh sangat parkingnya.

Jalan p Wang Kelian tak perlulah aku bercerita kerana aku tahu sudah ramai yang sedia maklum mengenai jalan bagai ular dipalu dan mendaki itu. Aku sendiri takkan sanggup untuk memandu disitu, untung ada kapten yang berani dan cekap.

Cuaca panas, pukul 1pm, matahari menegak atas kepala, namun semua itu tak terasa kerana masing-masing sibuk nak shopping.

Harga barang kat sana boleh dikatakan murah berbanding di Pekan Pendang, tak perlu bandingkan dengan harga di KL atau di Klang pasti jauh ketinggalan. Mungkin disebabkan harganya yang murah, penjual-penjual disana sangat susah untuk kurangkan harga. Penat tawar menawar, cakap Melayu ka, English ka even Mak aku cakap Siam pon sama ja harga. Kalau dapat pun dikurangkan dalam 50 sen saja.

Aku shopping apa disana? 
  • 3 biji toto Narita RM110.
  • Bekas tahan panas, (letak nasi macam kat kedai makan tu) saiz besar RM27 satu, aku beli 2. Saiz sederhana RM20, kawan suami aku kirim 2. Saiz paling kecil 2 biji RM5, aku beli bawak balik sini.
  • Senduk gulai saiz besar 3 batang RM10.
  • Periuk cap boya 6 beradik RM70.
  • Khemah askar, muat 4 orang, RM40.
  • Bakul anyaman plastik besar RM12.
  • Sabun Susu Kambing 10 ketul RM10
Kekacang, pistachio, biji gajus dan seangkatan, wajib beli, murah gak. Lagi satu wajib beli beras pulut susu RM3.50 sekilo. Tak lama dah nak raya, harus beli untuk buat ketupat. Beras siam RM2.00 sekilo, berasnya cantik, panjang, tak patah..tapaw juga 10 kilo.

Semua urus niaga dalam Ringgit Malaysia, tak payah susah-susah cari money changer, tapi kalau ada mata wang Thailand pon depa terima.

Aku cuba juga pulut kukus ayam goreng depa tu, ramai dok kata sedap. Boleh tahan juga la rasanya. Memang aku dah kebulur time tu, pukul 4.

Untuk solat jangan risau ada surau baru dibina di kawasan shopping tu, ada surau di Imigresen Malaysia. Masjid Nurul Husna pun tak jauh tapi bukan walking distance la.


2 comments :

nad said...

bila nak pi lagi? nak kirim....! nak kirim toto ngan periuk beradek tu huhu...
plzzz ;)

pasal muffin tu kalu kat kedai jual rm1.70
tp bila papazakwan order dpt la dalam rm1.10-rm.1.20 klu x silap..
mmg dpt harga staf. beli roti lain pun bleh. twiggies ke, butterscotch ke, squiggles ke, apa2 la janji gardenia..bila nak kenduri kawennya tu? :)

Cinta Zakirah said...

MamaZN, InsyaAllah akan p lagi tapi bila tu belum tahu lagi..nti boleh roger2..

Copyright© All Rights Reserved cintazakirah.blogspot.com